I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Sarawak ‘Target’ Capai Wawasan Negeri Maju Berpendapatan Tinggi
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak ‘Target’ Capai Wawasan Negeri Maju Berpendapatan Tinggi

Oleh Aina Musa 16 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak 'Target' Capai Wawasan Negeri Maju Berpendapatan Tinggi

Sarawak mampu capai wawasan tersebut

Sarawak ‘Target’ Capai Wawasan Negeri Maju Berpendapatan Tinggi. Sarawak diyakini mampu mencapai wawasan menjadi negeri maju berpendapatan tinggi melalui Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030 memandangkan semua dasar yang diperlukan untuk mencapai wilayah maju telah digubal dan dilaksanakan.

Pemangku Yang di-Pertua Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berkata, beliau yakin kerana di bawah kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak telah mencapai banyak kejayaan dan kecemerlangan.

Sarawak 'Target' Capai Wawasan Negeri Maju Berpendapatan Tinggi
Sarawak ‘Target’ Capai Wawasan Negeri Maju Berpendapatan Tinggi. Kredit: Google

“Satu kejayaan ketara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah apabila Sarawak berjaya memperoleh untuk melaksanakan lima peratus Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas minyak dan gas.

“Ia telah banyak membantu Sarawak membiayai keperluan prasarana dan infrastruktur asas seperti jalan raya, jambatan, air terawat dan bekalan elektrik, perumahan, telekomunikasi, kesihatan, pendidikan dan kebajikan rakyat.

Sarawak 'Target' Capai Wawasan Negeri Maju Berpendapatan Tinggi

“Saya difahamkan bahawa sehingga April lalu, kita telah menerima RM13.3 bilion daripada
SST semenjak ia dilaksanakan pada bulan Januari 2019,” katanya dalam perutusan sempena Hari Malaysia, hari ini.

Menurut laporan dari Suara Sarawak katanya ia juga dibuktikan apabila Sarawak telah diisytiharkan oleh Bank Dunia sebagai negeri berpendapatan tinggi.

“lni sememangnya satu kejayaan dan pencapaian yang amat cemerlang, bahkan ia adalah suatu sejarah yang amat penting kerana bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Sehubungan itu, penghargaan perlu diberikan kepada Premier dan anggota Kabinetnya atas kejayaan mereka membangunkan Sarawak agar terus maju untuk memastikan Sarawak akan mencapai status maju menjelang 2030,” ujarnya.

Sarawak 'Target' Capai Wawasan Negeri Maju Berpendapatan Tinggi

Tambahnya, Premier juga telah banyak berusaha untuk rundingan selanjutnya dengan Kerajaan Persekutuan agar semangat sebenar MA63 dapat direalisasikan suatu ketika nanti.

“Bagi Sarawak, kita sentiasa percaya bahawa MA63 adalah perjanjian terbaik untuk mencapai pembangunan yang lebih besar rnelalui sebuah negara yang bersatu padu, dan mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan agama,” katanya lagi.

Baca lagi artikel menarik:

Abang Johari Beri Jaminan Naikkan Gaji Penjawat Awam Sarawak Sebelum Bersara
YDP Agong Berkenan Baca Sendiri Surat, Petisyen Santuni Rakyat Sabah Sarawak
SUMBER : Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Rogol Mayat Jiran, Siap Sedekah Harta Mangsa Supaya Roh Tenang
Next Article Diambil Sempena Bahasa Iban, Ini Sebab PMX Pilih 'Segulai Sejalai' Untuk Tema Hari Malaysia 2023 Diambil Sempena Bahasa Iban, Ini Sebab PMX Pilih ‘Segulai Sejalai’ Untuk Tema Hari Malaysia 2023

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?