• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Diambil Sempena Bahasa Iban, Ini Sebab PMX Pilih ‘Segulai Sejalai’ Untuk Tema Hari Malaysia 2023

Oleh
Aina Musa
16 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Diambil Sempena Bahasa Iban, Ini Sebab PMX Pilih 'Segulai Sejalai' Untuk Tema Hari Malaysia 2023

Segulai sejalan atau berajalan seiringan

Diambil Sempena Bahasa Iban, Ini Sebab PMX Pilih ‘Segulai Sejalai’ Untuk Tema Hari Malaysia 2023. Seperti sedia maklum, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau memilih istilah Iban ‘segulai sejalai’ di seluruh Malaysia untuk Hari Malaysia tahun ini.

‘Segulai Sejalai’ merupakan cogan kata dalam bahasa Iban yang bermaksud ‘Berjalan Seiringan’ itu bertepatan dengan matlamat Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Diambil Sempena Bahasa Iban, Ini Sebab PMX Pilih ‘Segulai Sejalai’ Untuk Tema Hari Malaysia 2023. Kredit: Google

Istilah itu sangat tepat bagi melambangkan kesatuan, perpaduan serta semangat kerjasama utuh dalam kalangan rakyat di negara ini.

Slogan Iban itu selari dengan konsep atau pendekatan Malaysia MADANI.

Untuk info, ‘segulai’ membawa makna bersatu dan bekerjasama di samping berpegang kepada pandangan sama.

Bagi komuniti rumah panjang di Sarawak apabila bercakap mengenai ‘segulai’ ia bermaksud mereka hidup dalam satu perkongsian melalui bilik bersambung dan berkongsi anjung atau ‘ruai’.

Di ‘ruai’ itu ibarat dewan komuniti penghuni rumah panjang, tempat mereka berkumpul untuk berehat, menyambut tetamu dan mengadakan sebarang pertemuan rasmi atau santai.

Segala perbezaan dan persengketaan diselesaikan di anjung itu dan mereka yang berbeza pandangan akan dipujuk ketua komuniti atau ‘tuai rumah’ untuk menerima pandangan majoriti.

‘Sejalai’ pula membawa makna berjalan atau melangkah bersama ke hadapan. Ini juga menegakkan unsur kesatuan dalam mengejar matlamat bersama.

Justeru, mana mungkin rakyat boleh ‘sejalai’ atau bersama jika ada pihak tidak bersetuju dengan pendekatan dan matlamat dianggap baik untuk sesuatu kumpulan.

Keputusan rumah panjang adalah berdasarkan konsensus (kesepakatan) kerana kediaman itu cuba sedaya upaya mengelakkan melaksana keputusan majoriti sehingga kelompok minoriti tersisih.

Dalam kata lain, ‘segulai’ itu cubaan memupuk konsensus dan keterangkuman (kesimpulan) dalam pelbagai sudut kehidupan di rumah panjang.

Difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menandatangani satu buku khas sempena majlis sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petrajaya hari ini.

Baca lagi artikel menarik:

Cogan Kata ‘Segulai Sejalai’ Jadi Lambang Perpaduan Sambutan Hari Malaysia Tahun Ini Di Kuching
Tersentuh Dengan Frasa ‘Segulai Sejalai’, PMX Ingin Guna Sebagai Moto Perpaduan Untuk Seluruh Negara
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak 'Target' Capai Wawasan Negeri Maju Berpendapatan Tinggi Sarawak ‘Target’ Capai Wawasan Negeri Maju Berpendapatan Tinggi
Next Article Boleh Rosak Buah Pinggang Dan Sistem Saraf, Dua Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?