• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Terus Catat 8 Kes Positif, 1 Kluster Baru Hari Ini

Oleh
Ismail NA
25 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Keputusan tersebut diumumkan oleh JBPN Sarawak

Sarawak Terus Catat 8 Kes Positif, 1 Kluster Baru Hari Ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini mengumumkan terdapat 8 kes positif baharu di Sarawak. Daripada jumlah tersebut, 4 kes dikesan di Kuching manakala 4 lagi kes dikesan di Samarahan.

Isi Isi Penting
  • Keputusan tersebut diumumkan oleh JBPN Sarawak
  • Kluster baru : Kluster Syarikat Pembinaan
  • Orang ramai dinasihat sentiasa berjaga-jaga
  • Lagi artikel lain :

Kesemua kes baharu yang dikesan tersebut tidak menunjukkan simptom dan gejala.

Kluster baru : Kluster Syarikat Pembinaan

Kluster baharu yang dikesan di Kuching hari ini adalah Kluster Syarikat Pembinaan Kuching. Kluster tersebut dikesan apabila kontak rapat kepada kes-578 telah didapati positif. Setakat hari ini, seramai 5 kontak rapat kes indeks telah disaring dan kesemuanya disahkan negatif. 72 kontak rapat tempat kerja juga telah disaring dan seorang daripadanya didapati positif. Ini menjadikan kes positif dalam kluster tersebut berjumlah 2 kes. Punca kluster masih belum dapat dikenalpasti.

Sarawak Terus Catat 8 Kes Positif, 1 Kluster Baru Hari Ini
Sarawak Terus Catat 8 Kes Positif, 1 Kluster Baru Hari Ini

Tambahan 4 kes Kluster Sentosa, keseluruhan 20 kes

Dalam pada masa yang sama, 4 kes positif baru telah dikesan melibatkan Kluster Sentosa. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes telah bertambah dari 16 ke 20 kes dalam kluster tersebut. Kluster lain pada masa ini tidak mencatatkan pertambahan.

Susulan pertambahan kluster baru ini, Sarawak kini mempunyai 9 kluster yang aktif iaitu ;

  1. Kluster Syarikat Kejuruteraan : penambahan 1 kes menjadi 4 kes
  2. Kluster Mambong : kekal 5 kes
  3. Kluster Pusat Perubatan : kekal 3 kes
  4. Kluster Jupiter : kekal 3 kes
  5. Kluster Pasar Stutong : kekal 7 kes
  6. Kluster Jeti Kuching : kekal 2 kes
  7. Kluster Sentosa : penambahan 4 kes menjadi 20 kes
  8. Kluster PUI Melbourne : kekal 2 kes
  9. Kluster Syarikat Pembinaan (Baharu) : penambahan 2 kes

Berikut pula merupakan pergerakan 14 hari taburan kes di Sarawak menurut data KKM hari ini ;

Sarawak Terus Catat 8 Kes Positif, 1 Kluster Baru Hari Ini

Orang ramai dinasihat sentiasa berjaga-jaga

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan kekal berada di rumah sekiranya tiada keperluan mendesak. Pergerakan rentas bahagian juga tidak digalakkan kecuali bagi keperluan rasmi, urusan rasmi atau perubatan bagi mengelakkan penularan pandemik ke bahagian berstatus hijau.

Jaga jarak sosial anda dan sentiasa jaga kebersihan di tahap yang tertinggi. Kelekaan kita kini sudah menampakkan tandanya.

Lagi artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Kerajaan Putuskan Untuk Kekatkan SOP Susulan Kes Positif Yang Meningkat Naik
Next Article DG Hisham : Kuching Telah Menjadi Zon Merah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?