• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Tidak Guna Vaksin AstraZeneca, Pergi Ke Selangor Atau KL Jika Mahu – Dr. Sim

Oleh
Ismail NA
29 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Berikut jelas penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Dr. Sim Kui Hian.

Sarawak Tidak Guna Vaksin AstraZeneca, Pergi Ke Selangor Atau KL Jika Mahu – Dr. Sim. Semalam, Menteri Penyelaras Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Tuan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa kerajaan akan membuka satu pusat vaksin khas untuk mana-mana individu yang ingin mendapatkan vaksin jenis AstraZeneca secara sukarela, mendahului fasa yang dilaksanakan sekarang.

Isi Isi Penting
  • Berikut jelas penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Dr. Sim Kui Hian.
  • KJ tawar vaksin AstraZeneca untuk Sarawak, bimbang DUN bakal bubar tidak lama lagi
  • Vaksin AstraZeneca selamat digunakan
  • Tempah temujanji vaksin AstraZeneca secara first come, first served.
  • Berikut merupakan perkembangan terbaharu vaksin COVID-19:

Namun demikian, untuk Sarawak pula, Dr. Sim segera menjelaskan bahawa Sarawak tidak akan menggunakan vaksin AstraZeneca. Rakyat di negeri ini tidak akan disuntik dengan vaksin tersebut sepanjang tempoh pelaksanaan fasa Program Imunisasi Kebangsaan.

Walau bagaimanapun, mana-mana individu yang ingin mendapatkan vaksin tersebut secara sukarela boleh mengunjungi pusat vaksin khas yang akan didirikan di Selangor atau Kuala Lumpur dalam tempoh masa terdekat. Tiada pusat vaksin khas untuk pemvaksinan jenis AstraZeneca akan didirikan di Sarawak.

Sarawak Tidak Guna Vaksin AstraZeneca, Pergi Ke Selangor Atau KL Jika Mahu - Dr. Sim
Sarawak Tidak Guna Vaksin AstraZeneca, Pergi Ke Selangor Atau KL Jika Mahu – Dr. Sim

KJ tawar vaksin AstraZeneca untuk Sarawak, bimbang DUN bakal bubar tidak lama lagi

Dr. Sim berkata demikian sebagai komen kepada kenyataan yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin semalam yang menyatakan bahawa beliau telah membuat tawaran kepada Sarawak untuk memanfaatkan vaksin AstraZeneca memandangkan dewan undangan negeri tersebut akan dibubar tidak lama lagi.

Kebelakangan ini, vaksin AstraZeneca telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan beberapa negara di dunia kerana kesan sampingannya. Antaranya seperti pening kepala yang teruk, penglihatan yang kabur, kelesuan dan mengantuk, pendarahan serta sesak nafas.

Vaksin AstraZeneca selamat digunakan

Khairy turut menjelaskan bahawa vaksin AstraZeneca tidak akan dimasukkan dalam senarai vaksin yang digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan tetapi sebaliknya akan diberi secara berasingan, sukarela dan tanpa mengikut fasa. Vaksin ini juga akan diberi berdasarkan sistem first-come, first-served. Keputusan ini dibuat bagi mengelakkan berlakunya gangguan dalam pelaksanaan program imunisasi yang sedang berjalan serta mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan vaksin COVID-19.

Langkah ini juga bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa vaksin AstraZeneca selamat digunakan.

Sarawak Tidak Guna Vaksin AstraZeneca, Pergi Ke Selangor Atau KL Jika Mahu - Dr. Sim
Kredit : BERNAMA

Tempah temujanji vaksin AstraZeneca secara first come, first served.

Untuk tujuan ini, sistem tempahan akan dibuka untuk orang ramai menempah slot temujanji mereka secara first come, first served, dan tidak terhad kepada individu yang kini memasuki fasa kedua program imunisasi. Saringan pra-vaksinasi juga akan dibuat di pusat vaksinasi khas di Selangor dan Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, hanya individu yang layak sahaja akan diberikan vaksin AstraZeneca.

Setakat ini, hanya Selangor dan Kuala Lumpur sahaja yang akan didirikan pusat vaksinasi khas AstraZeneca di mana pusat ini bakal menyaksikan sebanyak 268,600 dos vaksin tersebut akan diberikan kepada mereka yang layak.

Berikut merupakan perkembangan terbaharu vaksin COVID-19:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Hina Hantaran Gadis Sabah Sarawak Mohon Maaf, Terima Ugutan Rogol Dan Santau
Next Article Anggap Keputusan Tak Adil, Pelajar IPT Lancar Petisyen Mansuhkan Pengecualian Pulang Untuk Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?