• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Tawan Hati Pelancong Dari UK, Dinobat Sebagai Top 10 Destinasi Paling Menarik Di Dunia

Oleh
Aina Musa
9 November 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarawak Tawan Hati Pelancong Dari UK, Dinobat Sebagai Top 10 Destinasi Paling Menarik Di Dunia

Sarawak antara 10 Wilayah pilihan pelancong UK

Sarawak Tawan Hati Pelancong Dari UK, Dinobat Sebagai Top 10 Destinasi Paling Menarik Di Dunia. Sarawak telah ditempatkan dalam 10 kedudukan teratas bagi kategori Wilayah Paling Menarik di Dunia dalam Anugerah Pelancong Pembaca Wanderlust 2023, kata Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

Ini diumumkan semasa majlis anugerah di Pameran Pelancongan Dunia (WTM) London 2023 di United Kingdom (UK) pada hari Selasa (7 Nov), kata STB dalam satu kenyataan akhbar.

Anugerah Pelancong Pembaca Wanderlust merupakan acara tahunan yang mengiktiraf permata terbaik dalam industri pelancongan, di mana pembaca majalah tersebut akan memilih kedudukan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Sarawak Tawan Hati Pelancong Dari UK, Dinobat Sebagai Top 10 Destinasi Paling Menarik Di Dunia
Sarawak Tawan Hati Pelancong Dari UK, Dinobat Sebagai Top 10 Destinasi Paling Menarik Di Dunia. Sumber: STB

Anugerah ini dianjurkan oleh Wanderlust, sebuah penerbitan pelancongan bebas dari UK yang memenangi anugerah. Majalah ini mempunyai 100,000 pembaca setiap keluaran dan menampilkan pengalaman pelancongan luar biasa serta destinasi-destinasi paling menarik di dunia.

STB turut menyatakan bahawa pasaran UK amat penting dalam strategi pelancongan Sarawak.

Kedatangan pelawat dari UK telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sebanyak 216.74 peratus untuk tempoh Januari hingga September 2023 (18,833) berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022 (5,944).

Sarawak Tawan Hati Pelancong Dari UK, Dinobat Sebagai Top 10 Destinasi Paling Menarik Di Dunia

Pada masa ini, UK berada dalam 10 negara teratas sebagai sumber pasaran kedatangan pelancong ke Sarawak (Januari-September 2023). UK juga menduduki kedudukan tertinggi di rantau Eropah dan Oceania.

Sejak 2018, kedatangan pelancong dari UK adalah yang tertinggi berbanding negara-negara Eropah yang lain, menurut STB.

STB mempunyai beberapa matlamat dalam menyertai WTM London 2023. Antaranya ialah untuk mewujudkan kehadiran yang menonjol dengan kaunter berganda Sarawak sebesar 140 meter persegi yang memberi tumpuan kepada memperkukuh penjenamaan destinasi Sarawak dan juga pengiktirafan antarabangsa.

Sarawak merupakan sebuah kaleidoskop budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan perayaan yang unik.

Terdapat 34 suku kaum etnik di Sarawak dengan tradisi, gaya hidup, muzik dan masakan tersendiri. Sebagai negeri terbesar di Malaysia, Sarawak memiliki beberapa hutan hujan tertua di dunia yang merangkumi lanskap luas melebihi 120,000 kilometer persegi.

Ia meliputi gunung-ganang yang menjulang tinggi, tanah tinggi yang sejuk, formasi batu kapur yang runcing, gua bawah tanah misteri, sungai berliku dan pantai tenang yang semuanya menanti untuk diterokai.

Pesta sepanjang tahun meraikan percampuran budaya, makanan, muzik dan amalan keagamaan moden dan tradisional Sarawak yang tidak ditemui di tempat lain. Di Sarawak, sentiasa ada ‘more to discover‘,” kata STB, penggiat pelancongan utama negeri ini.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/kenali-air-terjun-julan-air-terjun-tertinggi-di-sarawak/
Hidden Gem Di Sabah Dan Sarawak Yang Anda Perlu Terokai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article HOMElove Home and Living 2023, Pameran Rumah Gergasi Tiba Di BCCK Kuching HOMElove Home and Living 2023, Pameran Rumah Gergasi Tiba Di BCCK Kuching
Next Article Pulau Lakei, Hidden Gem Di Kuching Yang Wajib Dikunjungi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?