• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Menjelajah Destinasi Wajib Di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak

Oleh
Nazihah AN
20 September 2023
Kongsi
6 Min Bacaan
Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak

Banyak tempat-tempat menarik di sini😍

Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak. Kelantan, sebuah negeri di Timur Semenanjung Malaysia, bukan sahaja mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak malah di sini juga terdapat tarikan pelancong yang menarik.

Isi Isi Penting
  • Apa yang menarik di Kelantan?
  • 1. Pasar Siti Khadijah
  • 2. Kompleks Gua Ikan
  • 3. Gunung Stong
  • 4. Batik Ayu Fashion
  • 5. Min House Camp
  • 6. Rumah Tiang 12
  • Naik AirAsia, jangan lupa untuk cuba salah satu menu ikonik mereka iaitu Nasi Lemak Pak Nasser tauuu!

Sebagai rakyat Sarawak yang berkunjung ke Kelantan, kami merasa terpesona dengan keunikan dan kepelbagaian tempat mengujakan di negeri serambi Mekah ini.

Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak. Kredit gambar: Expedia Malaysia

Apa yang menarik di Kelantan?

Dibawa oleh pihak Tourism Malaysia ke Lembah Klang dan Pantai Timur untuk menerokai destinasi yang memukau, kami dari I Love Borneo merasa amat teruja dengan ekspedisi ke Pantai Timur ini.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tempat menarik di Kelantan yang patut anda terokai:

Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Kredit gambar: Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu

1. Pasar Siti Khadijah

Tidak lengkap kunjungan ke Kelantan tanpa merasai suasana di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Bangunan besar setinggi tiga tingkat ini mempunyai berpuluh buah kedai yang menawarkan segala jenis barangan, daripada barangan basah hingga pakaian.

Terdapat pelbagai jenis ikan yang segar, buah-buahan tempatan, rempah-ratus, serunding dan pelbagai jenis kuih tradisional yang dijual di sini. Bagi kami, ini adalah perbandingan yang menarik dengan pasar di Sarawak yang juga kaya dengan produk tempatan tetapi berbeza jenis dan variasinya.

Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak. Kredit gambar: Shades of qaeds

Sesuai untuk anda yang ingin mencuba kuih tradisional negeri Kelantan, di sini juga terdapat taik itik, jala emas, buah tanjung, sri kaya, nasi tumpang dan macam-macam lagi.

Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Kredit gambar: I Love Borneo

2. Kompleks Gua Ikan

Sebagai seorang peminat alam semula jadi dan penggemar aktiviti lasak, kami juga teruja dengan pengalaman di Kompleks Gua Ikan. Hidden gems yang terletak di Dabong ini menjadi tarikan utama bagi kami.

Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Kredit gambar: I Love Borneo

Pengalaman ini agak berbeza dari gua-gua di Sarawak seperti Fairy Cave, Gua Keris yang menjadi bualan pengunjung yang pernah datang ke situ dengan panoramanya yang indah sehingga mendapat jolokan God’s Light daripada orang ramai.

Ia merupakan keajaiban optik di mana cahaya matahari menembusi melalui bukaan atas gua dan mencipta kesan visual yang menakjubkan.

Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Kredit gambar: Trip.com/ I Love Borneo

3. Gunung Stong

Bagi mereka yang suka mendaki, Gunung Stong adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Menurut juru pandu,di puncaknya, anda akan disambut dengan pemandangan alam yang menakjubkan dan juga air terjun Jelawang yang megah yang boleh dilihat dari kaki gunung.

Gunung ini menjadi lokasi popular kepada pendaki gunung kerana sangat mencabar. Gunung Stong membawa keunikan tersendiri yang menjadikannya sebuah pengalaman yang berbeza.

Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Kredit gambar: I Love Borneo

4. Batik Ayu Fashion

Kelantan juga terkenal dengan industri batiknya, dan Batik Ayu Fashion adalah salah satu tempat terbaik untuk membeli batik berkualiti tinggi. Kami berkesempatan untuk menjenguk ke bengkel untuk melihat proses penghasilan batik.

Kami terpesona dengan ketelitian dan kehalusan corak batik yang dihasilkan. Mana tidaknya, kesemua corak dilukis secara manual. No machine, no printing youu… very the back-to-basic!

Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak

5. Min House Camp

Bagi yang mencari pengalaman lebih autentik dan dekat dengan alam, Min House Camp adalah pilihan yang tepat. Di sini, anda boleh merasai kehidupan alam semula jadi dalam suasana yang damai dan tenang.

Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak

Yang bestnya di sini, anda boleh cuba pelbagai jenis aktiviti yang menarik! Sesuai untuk mereka yang nak buat aktiviti keluarga di sini, dari aktiviti mencari lokan, hingga aktiviti berkayak.

6. Rumah Tiang 12

Rumah Tiang 12 adalah sebuah rumah adat Kelantan yang menggambarkan seni bina dan budaya setempat. Untuk pengetahuan anda, Rumah Tiang 12 ini dianggarkan berusia lebih seratus tahun, dan ianya sudah pupus.

Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak. Kredit gambar: Tourism Malaysia Sarawak

Difahamkan juga bahawa rumah ini dibina sekitar 1800 tahun dan dipercayai menjadi tempat persinggahan alim ulama, kerana sejarah kawasan Kampung Atas Paloh berdekatan dengan Masjid Muhammadi yang menjadi pusat penyebaran dan pendidikan Islam ketika itu.

Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Kredit gambar: Persatuan Pencinta Senibina Melayu

Walaupun agak memenatkan, namun perjalanan kami ke Kelantan agak berbaloi kerana pengalaman yang dirasai hanya ada di sini.

Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa AirAsia, salah satu syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia juga menawarkan penerbangan terus dari Kuching, Sarawak ke Kota Bharu, Kelantan.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh layari laman web AirAsia.com ✈️

Naik AirAsia, jangan lupa untuk cuba salah satu menu ikonik mereka iaitu Nasi Lemak Pak Nasser tauuu!

Namun, apa yang menarik baru-baru ini ialah pengenalan menu baharu – Nasi Lemak Pak Nasser dengan pilihan berasaskan tumbuhan. Ya, anda membacanya dengan betul! AirAsia kini mempersembahkan pilihan yang lebih sihat dan mesra alam dengan pilihan hidangan sampingan yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.

Menjelajah Destinasi Wajib Di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Kredit gambar: I Love Borneo

Memang tidak dapat dinafikan Kelantan sebenarnya kaya dengan tempat-tempat menarik namun kurang diterokai oleh pelancong. Jadi, apa kata anda explore dan rasai sendiri keindahan di negeri Serambi Mekah ini. Yang pasti, mesti anda tidak akan menyesal dengan pilihan ini!

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Ada Burung Enggang, Rafflesia, Pokok Belian, Terokai Hutan Royal Belum Perak Yang Berusia 130 Juta Tahun
Seperti Berada Di ‘Jurassic World’, Ini Itinerari 2 Hari 1 Malam Menerokai Syurga Tersembunyi Bengoh Dam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persis Miss Universe, Peserta Pertandingan Fesyen Sekolah St.Teresa Curi Perhatian
Next Article Hasrat Tangkap Ketam Berakhir Tragedi, Lelaki Maut Dibaham Buaya Di Sabah Hasrat Tangkap Ketam Berakhir Tragedi, Lelaki Maut Dibaham Buaya Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?