• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Satok, Semarak Dan Sukma Ria Dipilih Sebagai Lokasi Bazar Ramadan 2024

Oleh
Husna Hazmi
27 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

DBKU sediakan tiga buah lokasi bazar Ramadan untuk 2024

Satok, Semarak Dan Sukma Ria Dipilih Sebagai Lokasi Bazar Ramadan 2024. Dilaporkan bahawa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bakal menyediakan tiga buah lokasi tapak jualan Bazar Ramadan buat tahun 2024 ini.

Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh DBKU, dimaklumkan bahawa tiga kawasan yang terlibat adalah Satok, Semarak dan juga Sukma Ria.

Satok, Semarak Dan Sukma Ria Dipilih Sebagai Lokasi Bazar Ramadan 2024
Satok, Semarak Dan Sukma Ria Dipilih Sebagai Lokasi Bazar Ramadan 2024

234 tapak jualan bakal disediakan

Secara keseluruhan, dilaporkan terdapat 234 tapak jualan disediakan di ketiga-tiga lokasi tersebut.

Oleh demikian, permohonan tapak jualan sempena Bazar Ramadan akan mula dibuka pada 7 Februari 2024 mulai jam 9 pagi hingga 5 petang secara atas talian menerusi pautan laman sesawang DBKU.

Pemohon juga diingatkan agar mengemukakan dokumen lengkap serta nombor telefon dan e-mel yang sah bagi memudahkan pemakluman keputusan permohonan.

Hanya permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak DBKU melalui telefon/e-mel.

Jika permohonan berjaya, pembayaran perlu dilakukan serta taklimat perlu dihadiri bagi melakukan cabutan nombor tapak yang akan berlangsung pada 2 Mac 2024 (Sabtu) yang bertempat di Auditorium DBKU, Bukit Siol, Jalan Samariang.

Satok, Semarak Dan Sukma Ria Dipilih Sebagai Lokasi Bazar Ramadan 2024

Untuk Bazar Ramadan Satok, sebanyak 94 tapak jualan disediakan dengan bayaran RM450 bagi pengusaha makanan dan minuman dan RM500 bagi pengusaha makanan panggang.

Bazar Ramadan Semarak pula menyediakan 24 tapak jualan dengan bayaran RM300 bagi pengusaha makanan dan minuman manakala buat pengusaha makanan berpanggang perlu membayar RM400.

Untuk Bazaar Sukma Ria pula, terdapat 116 tapak jualan disediakan dengan harga RM400 bagi pengusaha makanan dan minuman dan RM450 bagi pengusaha makanan panggang.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Bernilai Lebih RM 100 Juta, Jalan Raya Berhias ‘Boulevard’ Akan Dibina Tahun Ini Di Kota Samarahan
Ini Sebab Mengapa Ada Sesetengah Nombor IC Orang Sarawak Bukan 13
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nombor 13 Bukan Satu-Satunya Digit Tengah MyKad Sarawak. Ada Lagi Nombor Lain Ini Sebab Mengapa Ada Sesetengah Nombor IC Orang Sarawak Bukan 13
Next Article AirAsia Kini Tawar Penerbangan ‘Direct’ Kuching-Penang Dengan Hanya RM 119

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?