• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Satu Lagi Telaga Minyak Baharu Dijumpai Di Balingian, Mukah

Oleh
Husna Hazmi
30 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Penemuan baharu Minyak dan Gas di wilayah Balingian Mukah.

Satu Lagi Telaga Minyak Baharu Dijumpai Di Balingian, Mukah. Petroleum Nasional Bhd (Petronas) telah mengumumkan satu penemuan minyak dan gas baharu di telaga cari gali ‘wildcat’ Sirung-1, Blok SK405B Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) yang terletak di wilayah Balingian, Mukah Sarawak.

Satu Lagi Telaga Minyak Baharu Dijumpai Di Balingian, Mukah
Satu Lagi Telaga Minyak Baharu Dijumpai Di Balingian, Mukah

Telaga ‘wildcat’

Telaga ‘wildcat’ ini bermaksud yang belum terbukti wujudnya minyak di situ atau dieksploitasi sepenuhnya dan tidak mempunyai rekod pengeluaran kukuh atau telah dieksploitasikan sepenuhnya sebelum itu sebagai tapak pengeluaran minyak dan gas.

Telaga cari gali Sirung-1 berjaya digerudi sehingga kedalaman 2,538 meter pada Februari 2021.

Penemuan ruang minyak dan gas yang penting ini – melebihi 100 meter di dalam takungan batu pasir Oligosen hingga Pertengahan Miosen – selanjutnya mengesahkan lagi potensi wilayah, dengan baki prospek yang masih belum dapat diterokai.

Naib Presiden Cari Gali dan Huluan Petronas Emiliana Rice-Oxley berkata bahawa penemuan di Sirung-1 ini membuktikan lagi bahawa wujudnya minyak terutama dalam kawasan yang belum lagi diterokai sepenuhnya di wilayah Balingian itu.

Satu Lagi Telaga Minyak Baharu Dijumpai Di Balingian, Mukah

“Ini direalisasikan selepas kejayaan yang sama di telaga tambahan di Medan D18.

“Kami berada dalam kedudukan yang baik untuk meneruskan usaha yang sama di dua blok lain di wilayah yang sama, iaitu Blok SK411 dan SK306. Oleh itu, pembangunan blok ini dan kawasan sekitarnya tetap menjadi bahagian penting dalam pelan pertumbuhan jangka panjang Petronas dan rakan kongsi kami, katanya dalam kenyataan pada hari ini.

PTTEP Sarawak Oil Ltd sebagai pengendali kini memegang kepentingan sebanyak 59.5 peratus, MOECO Oil (Sarawak) Sdn Bhd memegang 25.5 peratus dan Petronas Cari gali Sdn Bhd, anak syarikat Petronas, memegang baki 15 peratus kepentingan dalam penyertaan di Blok SK405B.

PSC tersebut telah ditandatangani pada bulan November 2017 hasil daripada Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2015.

Bagi MBR 2021, Petronas menawarkan 13 peluang baharu di lembah produktif Malaysia yang juga disertai dengan istilah fiskal dan bukan fiskal yang dipertingkatkan. Inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Petronas untuk terus berkembang rakan kongsi di Malaysia.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Semalam Sabah Catat Pengurangan Kes Dengan Hanya 34 Kes Baharu
Next Article Kempunan Kucing British Shorthair, Jururawat Di Sibu Ini Rugi RM11K Kempunan Kucing British Shorthair, Jururawat Di Sibu Ini Rugi RM11K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?