• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang

Oleh
Nazihah AN
4 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Ke Jantayu Strawberry Farm Matang

Tak perlu pegi jauh-jauh dah!

Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang. Kat mana ladang strawberry kat sini? Haa bagi anda yang ingin ke ladang strawberry, anda boleh ke perkampungan kaki gunung Serapi di Kampung Jaya Bakti.

Isi Isi Penting
  • Tak perlu pegi jauh-jauh dah!
  • Pemandangan yang indah, makanan pun sedap
  • Wahh ada tiket masuk percuma untuk orang berbasikal
  • Jom ajak keluarga dan rakan-rakan ke sini

Jantayu Strawberry Farm terletak berdekatan dengan Matang Wildlife Center dan 30 km dari Bandaraya Kuching. Ianya mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk ke lokasi berikut.

Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang
Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang. Kredit gambar: FB Sarawak Cycling Event

Telah dilaporkan bahawa pihak Jantayu Strawberry Farm kini TUTUP buat sementara waktu kerana masih dalam proses pengubahsuaian (renovation) sehingga notis selanjutnya. Harap korang bersabar lah yaa

Pemandangan yang indah, makanan pun sedap

Jantayu Strawberry Farm bukan sahaja mempunyai ladang strawberry, tetapi mereka juga mempunyai beberapa stall makanan dan minuman. Seronoknya! Sambil makan dan minum anda boleh lihat pemandangan cantik seperti gunung Serapi.

Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang
Kredit gambar: FB Jantayu Strawberry Farm

Antara menu yang menarik min tengok di sini ialah nasi lemak strawberry. Haa boleh bayangkan tak macam mana rupanya? Nasi lemak tersebut berwarna merah muda, sambal dan strawberry sebagai topping nasi lemak tersebut.

Tidak hanya itu, di sana juga terdapat manisan yang menarik seperti churros, aiskrim dan semestinya strawberry shake yang digemari ramai!

Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang
Kredit gambar: FB My Sufri Channel
Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang
Kredit gambar: FB TzeyungToh Kuching
Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang
Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang. Kredit gambar: FB Sarawak Cycling Event
Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang
Kredit gambar: FB Sarawak Cycling Event

Wahh ada tiket masuk percuma untuk orang berbasikal

Untuk bayaran tiket masuk, anda hanya perlu bayar RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Manakala untuk para cyclist, ini adalah tempat baru pitsop untuk anda. Dan tiket masuk adalah PERCUMA khas untuk anda yang datang dengan basikal anda.

Jangan risau! Mereka juga menyediakan tempat untuk ada park basikal anda di sana.

Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang
Kredit gambar: FB TzeyungToh Kuching
Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang
Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang. Kredit gambar: FB Sarawak Cycling Event
Jantayu Strawberry Farm

Lokasi: Jantayu Strawberry Farm Kampung Jaya Bakti, Jalan Taman Negara Kubah, Matang, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu beroperasi: Sabtu & Ahad (7.30 pagi – 6.00 petang) *tutup bila penambahbaikan dilakukan*
No telefon: 014-977 3706

Jom ajak keluarga dan rakan-rakan ke sini

Untuk waktu beroperasi pula, mereka hanya beroperasi hari Sabtu, Ahad dan semasa cuti umum. Wahh, hari minggu sangatlah sesuai untuk anda semua meluangkan masa dengan keluarga tersayang dan jangan lupa untuk singgah ke Jantayu Strawberry farm ya! Mereka mula buka pada pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Jumpa di sana!

Dalam artikel kali ini, kami ingin menceritakan kepada anda tentang cara untuk mengakses bukit dengan pemandangan indah ini. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article The Cliff Bar Sukan Unik Di Kuching, Satu Kedai Gambar Manchester United!
Next Article Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa 'Dipalau' Kawan Bila Tiba Di Kapit Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa ‘Dipalau’ Kawan Bila Tiba Di Kapit

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?