• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa ‘Dipalau’ Kawan Bila Tiba Di Kapit

Oleh
Nazihah AN
4 Jun 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa 'Dipalau' Kawan Bila Tiba Di Kapit

Kawan dah setuju, tapi hujungnya dia pegi palaukan (abaikan) pulak..

Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa ‘Dipalau’ Kawan Bila Tiba Di Kapit. Bercakap pasal bercuti ni, pastinya ramai yang memilih untuk bercuti bersama kawan kan? Yelah, mana taknya.. kalau travel dengan kawan ni kan lebih meriah. Selain itu, dapatlah juga reunion dengan kawan-kawan.

Isi Isi Penting
  • Kawan dah setuju, tapi hujungnya dia pegi palaukan (abaikan) pulak..
  • Naik flight ambil masa 2 jam, perjalanan naik kereta ambil masa 3-4 jam.
  • Sebelum itu, kawannya memberitahu bahawa gadis itu boleh duduk di rumah keluarganya.
  • Pergi ke Kapit, niat hendak ke rumah panjang tapi bertukar jadi caca marba.

Tapi apa yang tak bestnya, bila kita dah plan untuk bercuti dengan kawan ni macam-macam alasan yang kawan berikan. Dahla perjalanan jauh, naik flight pulak, si kawan pun tiba-tiba palau member. Sedihnya..

Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa Dipalau Kawan Bila Tiba Di Kapit
Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa ‘Dipalau’ Kawan Bila Tiba Di Kapit

Haaa palau ke pulau? Palau dengan pulau sebenarnya memberi maksud yang sama, cuma bezanya pulau terdapat dalam Kamus Dewan Bahasa, manakala palau adalah bahasa pasar dan tidak terdapat dalam Kamus Dewan Bahasa. Jadi kena ambil tahu tau!

Lihat video di bawah:

@yeeyelim

Pernah tak kena gan member korang. Travel gone wrong sia. Guys hati-hati travel ye. Yang member scam aku tuh jangan lupa bawak aku pergi jalan 🫠 kenangan tak boleh dilupa ni 🥹

♬ original sound – YeeyeLim – Ms.YeeLim / yeeyelim

Naik flight ambil masa 2 jam, perjalanan naik kereta ambil masa 3-4 jam.

Itulah yang dilalui oleh gadis ini apabila rancangan percutiannya untuk meneroka budaya di Sarawak Bumi Kenyalang tidak seperti yang dirancang. Gadis tersebut telah membuat perkongsian satu video menerusi laman Tiktoknya, @yeeyelim perihal dirinya yang telah dipalaukan oleh kawannya sendiri.

Telah difahamkan dalam video berdurasi 4 minit itu bahawa dirinya telah dipalau oleh kawannya sendiri apabila tiba di Sarawak. Sebelum itu, yeeyelim memberitahu rancangannya pergi ke Sarawak untuk mengetahui budaya perayaan dan tradisi di negeri tersebut, dan rancangannya telah menyambut baik oleh kawannya.

Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa Dipalau Kawan Bila Tiba Di Kapit
Tangkapan layar Tiktok @yeeyelim

Sebelum itu, kawannya memberitahu bahawa gadis itu boleh duduk di rumah keluarganya.

Kawannya juga memberitahu dia akan meminta ibu saudaranya untuk menjemput yeeyelim di lapangan terbang. Setelah tiba di Sarawak dari KL, malangnya ibu saudaranya tidak dapat menjemputnya lalu yerpaksa menghantar wakil pemandu lain.

Aku cakap dengan dia, boleh tak masa hari perayaan kau, aku datang stay dekat kau punya rumah. Dan dia kata okay”

Disangka boleh tidur di rumah keluarga kawannya seperti yang dirancang, kawannya menyuruh gadis itu untuk tidur dihotel. Rupanya gadis itu dihantar menginap di sebuah hotel yang mana fasilitinya agak teruk.

Tidak hanya itu, kawannya juga mempelawa untuk makan malam. Ingatkan ajak makan di luar, rupanya disuruh beli maggi cawan (maggi cup) di bawah. Gadis tersebut masih dalam keadaan marah dan geram akan kawannya perihal disuruh duduk di hotel, ditambah lagi dengan disuruh makan maggi cup.

Aku datang jauh siaa, kau ingat aku datang sini nak makan maggi cup ke? Lepastu lepak dalam hotel? Baik aku duduk dekat KL je lagi best.” – Bengang dengan sikap kawannya.

Siapa je tak benganpg kan? Dah pelawa cakap semua okay, end up disuruh duduk hotel makan maggi cup je aduhhh

Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa Dipalau Kawan Bila Tiba Di Kapit
Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa ‘Dipalau’ Kawan Bila Tiba Di Kapit
@yeeyelim

Survive alone ye guys 🥹. Doakan aku jumpa orang baik-baik ye. Banyak halangan nak reach tuai kampung sini. Bersangka baik je 😅

♬ original sound – YeeyeLim – Ms.YeeLim / yeeyelim

Pergi ke Kapit, niat hendak ke rumah panjang tapi bertukar jadi caca marba.

Bukan sahaja kos penginapan yang telah meningkatkan bajet, Yeeyelim kini perlu memikirkan ke mana lokasi yang ingin dilawati. Walau bagaimanapun, dia tidak membiarkan masalah tersebut mematahkan semangatnya untuk mendekati budaya tempatan.

Yeeyelim mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak pelancongan negeri Sarawak berkenaan dengan tempat yang ingin dipergi nya. Nasib baik ada pihak yang ingin membantu dan menghantar pemandu pelancong kepada Yeeyelim.

Dan begitu sahaja, gadis itu meneruskan rancangannya untuk makan angin seorang diri tanpa ditemani kawannya yang “menghilang”.

Melihat instastory di laman Instagram milik @yeeyelim, dia memuatnaik gambar dirinya beserta kapsyen:

Thanks semua yang concern tentang saya. Saya selamat berjalan di sini dan jumpa banyak orang baik-baik di sini. Di sini tak ada line jadi tak dapat nak upload next part, just nak bagitau, saya selamat je. Terima kasih banyak-banyak. Nanti dah balik saya update ye.”

Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa Dipalau Kawan Bila Tiba Di Kapit
Tangkapan layar dari Instagram @yeeyelim hari ini
Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa Dipalau Kawan Bila Tiba Di Kapit
Semangat Nak Teroka Budaya Sarawak, Gadis Ini Kecewa Dipalau Kawan Bila Tiba Di Kapit

Terima kasih Yeeyelim kerana bersemangat untuk mempelajari budaya di Sarawak. Walaupun ianya tidak berjalan seperti yang dirancang, kami doakan agar perjalanan Yeeyelim dipermudahkan.

Satu-satunya ladang strawberi di Kuching, jom bawa keluarga ke Jantayu Strawberry Farm Matang. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Ke Jantayu Strawberry Farm Matang Satu-Satunya Ladang Strawberi Di Kuching, Jom Bawa Keluarga Ke Jantayu Strawberry Farm Matang
Next Article Bagi Penampar Pada Buaya, Lelaki Terlepas Ajal Di Kampung Tabuan Melayu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?