Syabas kepada kelab koir Sekolah Menengah Swasta St Joseph (SJPS)!
Satu-Satunya Wakil Malaysia, Kelab Koir Sekolah Menengah Swasta St Joseph Menjuarai Pertandingan Choral Busan. Kelab Koir SJPS telah berjaya meraikan tempat pertama untuk Pertandingan dan Festival Choral Busan Kategori Belia pada 23 Oktober lalu.
Selain itu, mereka juga berjaya memenangi Anugerah Emas – menewaskan tiga kumpulan peserta lain dalam acara maya itu.
Satu-satunya wakil Malaysia
Menurut laporan, Kelab Koir SJPS merupakan satu-satunya wakil Malaysia untuk pertandingan terbabit. Peserta yang terlibat terdiri daripada dua dari Indonesia dan satu dari Korea Selatan.
Dalam pertandingan berkenaan, mereka telah mempersembahkan sebuah lagu tradisional iaitu ‘Ikan Kekek’.
Ini bukan kali pertama Kelab Koir SJPS meraihkan kemenangan semasa pandemik – mereka berjaya memenangi pingat emas di Festival Koir Maya Dunia Ke-2 pada tahun lepas dan Anugerah Emas B di Malaysian Choral Eisteddfod 2021.
Antara kejayaan lain Kelab Koir SJPS adalah memenangi tempat kedua di Festival Choral Antarabangsa Orientale Concentus ke-11 di Singapura pada tahun 2018.
Untuk menonton persembahan mereka, anda boleh menonton di sini.
Tahniah Kelab Koir SJPS! A well deserved win!
