• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

“Saya Tak Sanggup Tinggalkan Ibu,” Anak Dan Ibu Ditemui Berpelukan Dalam Timbunan Abu

Oleh
ILB - AI
9 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
"Saya Tak Sanggup Tinggalkan Ibu," Anak Dan Ibu Ditemui Berpelukan Dalam Timbunan Abu

Kisah tragis Rumini dan ibunya yang terkorban akibat letusan Gunung Semeru di Indonesia menarik perhatian orang ramai

“Saya Tak Sanggup Tinggalkan Ibu,” Anak Dan Ibu Ditemui Berpelukan Dalam Timbunan Abu. Gunung berapi Semeru di Indonesia meletus Sabtu lalu dan mengakibatkan ratusan penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal serta sekurang-kurangnya 14 orang maut. Antara yang maut adalah seorang ibu dan anak perempuan, yang ditemui berpelukan ketika mereka menghadapi abu dan serpihan akibat letusan terbabit.

Anak perempuan tersebut, Rumini, tular di media sosial apabila mayatnya ditemui bersama ibunya yang berusia 70 tahun di rumah mereka di Desa Curah Kobokan, Kecamatan Candipuro, Lumajang. Yang lebih memilukan, jasad mereka ditemui dalam keadaan berpelukan – sebuah kisah tragis yang menyentuh hati rata-rata netizen di media sosial.

“Saya Tak Sanggup Tinggalkan Ibu,” Anak Dan Ibu Ditemui Berpelukan Dalam Timbunan Abu

Tidak sanggup meninggalkan ibunya walaupun mampu melarikan diri

Menurut laporan, Rumini yang berusia 28 tahun, didapati mengalami dilema sama ada untuk menyelamatkan diri atau menemani ibunya yang uzur menghadapi abu dan serpihan akibat letusan Gunung Semeru.

Meskipun mampu melarikan diri, jelasnya Rumini memilih untuk menemani ibunya sehingga ke akhirnya dan mengakibatkan mayat mereka ditemui dalam keadaan yang memilukan.

Kisah ibu dan anak ini dikongsi menerusi TikTok oleh pengguna @tatazie dalam bentuk ilustrasi dengan tulisan “dia yang dirindukan syurga”. Ilustrasi tersebut menggambarkan keadaan Rumini dan ibunya semasa detik-detik terakhir mereka. Anda boleh lihat video tersebut di bawah:

@tatazie

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun , Mbak rumini ditemukan meninggal dunia dirumahnya, berpelukan dgn ibunya 🥲🥲😢 #semeru #semerumeletus

♬ Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Kata-kata bertulis dalam video adalah dalam bahasa Jawa, yang diterjemahkan kepada:

“Ibu: Lari sahaja, ibu sudah tua, ibu di sini sahaja.
Rumini: Tidak ibu, kaki saya boleh berlari. Tetapi hati ini tidak sanggup meninggalkan ibu bersendirian.”

Meraih perhatian orang ramai

Kisah tragis ibu dan anak ini menarik perhatian orang ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan kagum dengan kasih sayang ibu dan anak ini.

Kredit foto: TikTok
Kredit foto: TikTok
Kredit foto: TikTok
Kredit foto: TikTok

Kisah mereka berdua menunjukan betapa kuatnya kasih sayang seorang anak terhadap ibu dan sanggup membuat apa-apa sahaja untuk berbakti kepada orang tua mereka. Takziah diucapkan kepada mereka yang telah kehilangan orang tersayang akibat tragedi ini dan semoga Rumini dan Salamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article WhatsApp Memperkenalkan Ciri Privasi Baru, Mesej Anda Kini Boleh Hilang WhatsApp Memperkenalkan Ciri Privasi Baru, Mesej Anda Kini Boleh Hilang
Next Article Taja 100 Orang Tiket Balik Kampung Sarawak Dan Sabah, Tindakan Influencer Ini Dapat Pujian Ramai Taja 100 Orang Tiket Balik Kampung Sarawak Dan Sabah, Tindakan Influencer Ini Dapat Pujian Ramai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?