• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Laporan Audit Negara Dedah Projek Bekalan Air Sabah Sarawak Tak Capai Objektif, Ini Sebabnya

Oleh
Aina Musa
5 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Laporan Audit Negara Dedah Projek Bekalan Air Sabah Sarawak Tak Capai Objektif, Ini Sebabnya

Projek tersebut gagal capai sasaran

Laporan Audit Negara Dedah Projek Bekalan Air Sabah Sarawak Tak Capai Objektif, Ini Sebabnya. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024 Siri 2 mendedahkan kelemahan dalam Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sabah dan Sarawak, menyebabkan projek tersebut gagal mencapai objektif menyediakan air bersih untuk penduduk luar bandar.

Menurut laporan daripada media tempatan Bernama, gangguan bekalan air yang tidak ditangani dengan baik menyebabkan projek ini tidak berfungsi seperti yang dirancang. Laporan tersebut menyatakan wujud kelemahan dari segi fungsi dan pelaksanaan projek yang tidak selari dengan matlamat BALB untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup penduduk.

Laporan Audit Negara Dedah Projek Bekalan Air Sabah Sarawak Tak Capai Objektif, Ini Sebabnya.

Selain itu, sasaran projek juga didapati tidak konsisten dan diturunkan tanpa justifikasi yang jelas. Lebih membimbangkan, terdapat projek yang siap namun tidak digunakan, diselenggara, atau dibayar selepas diserahkan kepada kerajaan negeri.

Parahnya lagi, ketiadaan penyelenggaraan secara berkala dan kelewatan pembaikan aset telah menjejaskan operasi bekalan air dan jangka hayat aset. Keadaan ini mengakibatkan kerugian kepada dana kerajaan dan menghalang penduduk luar bandar daripada menikmati bekalan air bersih.

Laporan LKAN turut mendedahkan kelewatan dalam pelaksanaan projek. Sehingga Oktober 2023, sebanyak 36 projek berjumlah RM1.5 billion di Sabah dan Sarawak masih dalam perancangan walaupun diluluskan pada tahun 2016, 2017, dan 2018.

Semakan audit turut mendapati ketidaktepatan pelaporan baki peruntukan projek oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang menyebabkan Laporan Bajet Program dan Prestasi mereka tidak mencerminkan realiti perbelanjaan dan baki sebenar.

Bagi menangani isu ini dan memastikan kejayaan projek pada masa hadapan, LKAN mengesyorkan KKDW untuk mengkaji semula sasaran dan objektif program agar lebih realistik, boleh diukur, dan konsisten.

Selain itu, garis panduan sedia ada perlu ditambah baik dengan mengambil kira koordinasi yang lebih erat dengan kerajaan negeri, terutamanya dalam aspek penguatkuasaan dan penyelenggaraan selepas projek siap.

Laporan tersebut turut menekankan kepentingan pengurusan kewangan yang lebih ketat, termasuk penyelenggaraan rekod peruntukan dan perbelanjaan yang tepat.

Dengan langkah pembetulan ini, diharapkan KKDW dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek BALB dan seterusnya memastikan penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak menerima bekalan air bersih dan terawat.

Baca lagi artikel menarik:

JANS Potong 679 Sambungan Paip Haram Di Kota Kinabalu Sejak Januari Tahun Ini
Jabatan Air Sabah Potong 24 Paip Sambungan Haram Di UMS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Badang Sarawak, Bonnie Bunyau Terima Anugerah Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan Badang Sarawak, Bonnie Bunyau Terima Anugerah Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan
Next Article Konsert Muzik Orkestra ACG Terbesar Di Borneo Bakal Diadakan Di Batu Kawa Ogos Ini Konsert Muzik Orkestra ACG Terbesar Di Borneo Bakal Diadakan Di Batu Kawa Ogos Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?