• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

JANS Potong 679 Sambungan Paip Haram Di Kota Kinabalu Sejak Januari Tahun Ini

Oleh
Aina Musa
20 Jun 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
JANS Potong 679 Sambungan Paip Haram Di Kota Kinabalu Sejak Januari Tahun Ini

JANS Potong 679 Sambungan Paip Haram Di Kota Kinabalu Sejak Januari Tahun Ini. Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) memotong sebanyak 679 penyambungan paip haram menerusi operasi berterusan yang dilaksanakan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) di sekitar ibu negeri antara Januari hingga Mei lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya, berkata operasi JANS itu menyasarkan kawasan setinggan, kebanyakannya di sekitar Parlimen Sepanggar yang dikenal pasti paling banyak melakukan penyambungan paip secara haram.

JANS Potong 679 Sambungan Paip Haram Di Kota Kinabalu Sejak Januari Tahun Ini. Sumber: Sabah Kini

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 177 penyambungan paip haram dipotong bulan lalu, manakala pada April (145), Mac (48), Februari (174) dan sebanyak 135 penyambungan paip haram pula dipotong pada Januari lalu.

“Secara keseluruhan sebanyak 679 penyambungan paip haram dipotong JANS antara Januari hingga Mei lalu. Antara lokasi tumpuan ialah kawasan setinggan Kampung Delima, Suang Parai, Sepakat Jaya, Jaya Diri dan Kampung Brunei, Sepanggar.

“Operasi pemotongan ini membantu meningkatkan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS),” katanya menerusi kenyataan berkaitan operasi pemotongan sambungan paip haram di kawasan setinggan sekitar ibu negeri.

Aktiviti penyambungan paip secara haram yang dilakukan penghuni setinggan dikenal pasti antara punca gangguan bekalan air yang dialami di sekitar Sepanggar, termasuk di kampus induk UMS, di sini.

Selain gangguan bekalan, perbuatan menyalahi undang-undang itu juga menyumbang kepada kadar air tidak berhasil (NRW) yang tinggi ditanggung pihak JANS.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, JANS merekodkan paling banyak penyambungan paip haram yang dipotong di kawasan setinggan Kampung Brunei Sepanggar iaitu sebanyak 220.

Katanya, ia diikuti Kampung Suang Parai (99), Jaya Diri (71), Bahagia (58), Sepakat Jaya (56), Rakyat Baru (40), Lokub (36), 1 Sulaman Jalan Sulaman (25) dan Kingfisher Sulaman (15).

Semalam, penguat kuasa JANS memotong sebanyak 24 lagi penyambungan paip haram di Suang Parai dan Kampung Brunei Sepanggar menerusi operasi berterusan yang dilaksanakan jabatan itu.

Pada Januari lalu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendedahkan, kewujudan koloni setinggan yang besar dianggar mencecah 12,000 rumah di kawasan Sepanggar antara penyumbang masalah bekalan air di UMS.

Katanya, masalah timbul berikutan tindakan penghuni setinggan melakukan penyambungan paip haram yang mengakibatkan kira-kira 18 juta liter sehari (MLD) dicuri setiap hari dari paip utama yang membekal air ke UMS dan sekitarnya.

Baca lagi artikel menarik:

Jabatan Air Sabah Potong 24 Paip Sambungan Haram Di UMS
Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun
Next Article Kantin At The Granary Dicalonkan Dalam Persaingan Restoran Terbaik Malaysia Kantin At The Granary Dicalonkan Dalam Persaingan Restoran Terbaik Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?