• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sebelum Beli Lemang Tepi Jalan, Ini Tips Dapatkan Lemang Elok Dari Peniaga

Oleh
Aina Musa
22 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sebelum Beli Lemang Tepi Jalan, Ini Tips Dapatkan Lemang Elok Dari Peniaga

Elak tertipu anda boleh guna tips ini!

Sebelum Beli Lemang Tepi Jalan, Ini Tips Dapatkan Lemang Elok Dari Peniaga. Lemang adalah hidangan tradisional yang popular di kalangan masyarakat Malaysia. Ia diperbuat daripada beras pulut yang diisi dalam buluh dengan santan dan garam.

Isi Isi Penting
  • 1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar
  • 2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil
  • 3. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering
  • 4. Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut
  • 5. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang

Lemang biasanya dimakan bersama dengan rendang atau kuah kari pada waktu raya atau majlis-majlis tertentu. Selain daripada itu, lemang juga boleh didapati di kedai-kedai makan atau dijual di tepi jalan.

Sebelum Beli Lemang Tepi Jalan, Ini Tips Dapatkan Lemang Elok Dari Peniaga
Sebelum Beli Lemang Tepi Jalan, Ini Tips Dapatkan Lemang Elok Dari Peniaga. Kredit: Facebook

Namun, ramai yang mengambil mudah ketika membeli lemang di tepi jalan tanpa mengetahui kualiti lemang tersebut. Oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa tips untuk memastikan anda membeli lemang yang berkualiti semasa raya nanti!

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar

Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil

Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut.

Sebelum Beli Lemang Tepi Jalan, Ini Tips Dapatkan Lemang Elok Dari Peniaga

3. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering

Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.

4. Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut

Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

Sebelum Beli Lemang Tepi Jalan, Ini Tips Dapatkan Lemang Elok Dari Peniaga

5. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang

Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan?

Baca lagi artikel menarik:

Tips Bezakan Milo Asli Dan Milo Tiruan, Ini Panduan Dari Nestle Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Petronas ROVR, Stesen Minyak Mini Dan 'Hidden' Di Sebuyau Petronas ROVR, Stesen Minyak Mini Dan ‘Hidden’ Di Sebuyau
Next Article Ketahui Keunikan Ketupat 'Lemak' Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung Ketahui Keunikan Ketupat Lemak Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?