• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Keunikan Ketupat Lemak Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung

Oleh
Aina Musa
22 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Ketahui Keunikan Ketupat 'Lemak' Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung

Berbeza rupanya!

Ketahui Keunikan Ketupat Lemak Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung. Sambutan Hari Raya Aidilfitri anda pastinya kurang lengkap tanpa adanya juadah wajib seperti ketupat. Ketupat menjadi pilihan utama bagi masyarakat Melayu semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Isi Isi Penting
  • 1. Bahan
  • 2. Rasa
  • 3. Tempoh
  • 4. Cara penyimpanan

Tidak kira di mana anda berada sama ada di Sarawak atau di Semenanjung, hidangan ketupat antara juadah wajib yang akan dihidangkan pada pagi syawal.

Ketahui Keunikan Ketupat Lemak Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung
Ketahui Keunikan Ketupat Lemak Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung. Kredit: Google

Menariknya mengenai hidangan ini, ketupat di Sarawak dan ketupat di Semenanjung mempunyai perbezaan dan keunikan masing-masing. Dari segi cara penyediaan, rasa dan bahan-bahannya kedua-duanya memiliki keistimewaannya tersendiri.

1. Bahan

Dari segi bahan, ketupat Sarawak menggunakan beras pulut. Manakala, ketupat di Semenanjung menggunakan beras biasa. Kedua-duanya direbus selama beberapa jam untuk mendapatkan hasil ketupat yang terbaik. Ketupat Semenanjung hanya direbus dalam air yang mendidih manakala ketupat di Sarawak pula dimasak bersama santan pekat.

Ketahui Keunikan Ketupat 'Lemak' Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung

2. Rasa

Dari segi rasa, sudah tentu kedua-duanya mempunyai rasanya yang tersendiri. Untuk ketupat di Sarawak, rasanya lebih kepada lemak masin kerana dimasak bersama santan segar dan secubit garam.

Manakala, ketupat Semenanjung pula mempunyai rasa yang sedikit ‘bland’ kerana hanya direbus dalam air mendidih tanpa dicampur dengan bahan lain.

Ketahui Keunikan Ketupat 'Lemak' Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung

3. Tempoh

Uniknya, ketupat Semenanjung lebih tahan lama berbanding ketupat di Sarawak. Ketupat Sarawak dikatakan lebih cepat ‘rosak’ disebabkan oleh penggunaan santan.

Ketahui Keunikan Ketupat 'Lemak' Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung

Kebiasaanya, ketupat lemak Sarawak boleh disimpan sekitar 2 ke 3 hari sahaja pada suhu bilik. Manakala, ketupat rebus Semenanjung boleh disimpan sehingga satu minggu.

4. Cara penyimpanan

Bagi ketupat rebus, setelah ketupat tersebut siap dimasak ketupat itu hendaklah segera ditoskan. ‘Step’ ini dilakukan bagi mempercepatkan proses pengeluaran air berlebihan kerana kandungan air akan mempercepatkan proses basi berlaku.

Bagi ketupat lemak Sarawak pula ia tidak perlu ditoskan dan hanya perlu disimpan dengan baik bagi menjaga kualiti ketupat itu.

Baca lagi artikel menarik:

Ini Resepi Daging Masak Hitam Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya
Harus Guna Telur Gred A Atau AA, Lelaki Ini Kongsi Tips Untuk Hasilkan Kek Lapis Sedap
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sebelum Beli Lemang Tepi Jalan, Ini Tips Dapatkan Lemang Elok Dari Peniaga Sebelum Beli Lemang Tepi Jalan, Ini Tips Dapatkan Lemang Elok Dari Peniaga
Next Article Segar Dan Sedap, Ini 4 Resipi Mocktail Ringkas Untuk Hidangan Raya Anda Segar Dan Sedap, Ini 4 Resipi Mocktail Ringkas Untuk Hidangan Raya Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?