• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sebuah Jalan Di Kota Guro Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching

Oleh
ILB - AI
22 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Nama Kuching terkenal di seluruh Korea Selatan

Sebuah Jalan Di Kota Guro Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching. Siapa sangka nama Bandaraya Kuching kini akan terkenal di seluruh Korea Selatan. Salah satu kota di Korea Selatan iaitu Kota Guro telah menamakan salah satu jalan di kota itu dengan nama Kuching South Ro dimana Ro tersebut membawa erti jalan di dalam bahasa Korea.

Kerajaan Korea Selatan telah bersetuju menamakan salah satu jalan di kota tersebut dengan nama Kuching adalah kerana untuk meraikan kejayaan hubungan persahabatan yang baik antara Kota Guro dengan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Sebuah Jalan Di Kota Guro Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching
Sebuah Jalan Di Kota Guro Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching. Sumber gambar: Iloveborneo

Simbolik 10 tahun persahabatan antara 2 bandar

Menurut Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng, nama jalan Kuching di Kota Guro itu telah dirasmikan pada hari ini dinama dalam majlis perasmian tersebut, Dato Wee dan Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian telah sama-sama menghadiri upacara itu.

Sebuah Jalan Di Kota Guro Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching
Sebuah Jalan Di Kota Guro Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching. Sumber gambar: dayakdaily

Bukan itu sahaja, jalan ini juga dinamakan sebagai Kuching South Ro kerana sebagai simbolik kepada persahabatan antara Bandaraya Kuching Selatan dan Kota Guro. Kedua-dua MBKS dan Kota Guro telah menandatangani perjanjian persahabatan ini sejak 2012 yang lalu.

Bahkan, menurut Dato Wee juga, pada tahun 2019 yang merupakan tahun pertama beliau mengambil alih jawatan sebagai Datuk Bandar, Kota Guro adalah kota pertama yang dilawati beliau. Pada tahun yang sama juga, mesyuarat antara MBKS dan Kota Guro telah mencapai persetujuan.

Persetujuan tersebut adalah dengan menamakan salah satu jalan di kota tersebut dengan nama Kuching South Ro sekaligus dengan perasmiannya hari ini sempena 10 tahun persahabatan 2 bandaraya ini.

Sebuah Jalan Di Kota Guro Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching
Sebuah Jalan Di Kota Guro Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching. Sumber gambar: dayakdaily

Jalinan hubungan persahabatan ini sangat baik untuk kedua-dua bandaraya ini kerana ianya mendatangkan banyak manfaat. Dari segi perhubungan sosial, budaya, ekonomi. Malah, memberi manfaat yang besar terumatanya daripada segi pelancongan dan perdagangan.

Lepas ini, orang Sarawak boleh lah berbangga lebih lagi kan, nama Kuching dah ada di Korea tu.

Rasanya, ini bukan kali pertama nama Borneo khasnya Sarawak ada di negara luar. Boleh baca artikel berikut:

Sejarah Menarik Di Sebalik Pekan Bernama Sarawak Di Kanada
Tahukah Anda Sebuah Jalan Di Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching?
SUMBER :IloveborneoDayakdaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakaman Video Penumpang Saga Buang Sampah Tengah Jalan Ini Buat Netizen Bengang
Next Article Digelar ‘The Iban Trackers’, Kenali Awang Anak Raweng Penerima Pingat George Cross

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?