• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Digelar ‘The Iban Trackers’, Kenali Awang Anak Raweng Penerima Pingat George Cross

Oleh
ILB - AI
22 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Jasa diiktiraf Ratu Britain

Digelar ‘The Iban Trackers’, Kenali Awang Anak Raweng Penerima Pingat George Cross. Baru-baru dunia dikejutkan dengan berita pemergian Ratu Britain iaitu Ratu Elizabeth II. Manakala di Malaysia kita juga telah menyambut Hari Malaysia pada 16 September yang lalu. Dua perkara yang cukup dekat dengan kemerdekaan negara kita.

Kemerdekaan negara kita bukan perkara mudah untuk kita kecapi. Banyak pengorbanan yang pahlawan kita lalui untuk kebebasan negara merdeka kita pada hari ini. Salah satu nama pahlawan yang jasanya mendapat pengiktirafan mendiang Ratu Elizabeth II adalah Awang Anak Raweng.

Digelar 'The Iban Trackers', Kenali Awang Anak Raweng Penerima Pingat George Cross
Digelar ‘The Iban Trackers’, Kenali Awang Anek Raweng Penerima Pingat George Cross. Sumber gambar: The Flame Fan

Awang Anak Raweng, The Iban Trackers

Awang Anak Raweng, anak kelahiran Sri Aman ini merupakan seorang petani sebelum bertugas dalam Iban Trackers. Beliau yang telah memulakan perkhidmatan beliau di Tanah Melayu pada Disember 1950 telah diserap masuk ke dalam Batalion Pertama Rejimen Hutan Wolcestershine dan Sherwood yang berpangkalan di Kluang Johor pada tahun berikutnya.

Digelar 'The Iban Trackers', Kenali Awang Anak Raweng Penerima Pingat George Cross
Digelar ‘The Iban Trackers’, Kenali Awang Anak Raweng Penerima Pingat George Cross. Sumber gambar: The Telegraph

22 tahun, bersendirian membalas serangan 50 komunis

Semasa beliau bertugas sebagai anggota Batalion Pertama Rejimen Hutan Wolcestershine dan Sherwood di usia 22 tahun, beliau telah menghadapi sangat gentir antara hidup dan mati beliau dimana sewaktu kumpulan beliau yang terdiri daripada 25 orang anggota telah diserang. Mereka telah diserang hendap oleh 50 orang komunis di Kluang, Johor sewaktu mereka menjejaki pihak komunis ini.

Apabila telah diserang hendap komunis, 3 askar Britiish telah mati, 3 lagi cedera dan selebihnya telah kembali ke pangkalan kem untuk mencari bantuan. Tidak hanya mementingkan diri sendiri, Awang tetap menemani askar yang cedera serta dengan gagah dan berani telah membalas serangan secara berseorangan dengan hanya berbekalkan beberapa laras senapang dan grenad yang ditinggalkan oleh rakan beliau.

Digelar 'The Iban Trackers', Kenali Awang Anak Raweng Penerima Pingat George Cross
Digelar ‘The Iban Trackers’, Kenali Awang Anak Raweng Penerima Pingat George Cross. Sumber gambar: The Telegraph

Bukan itu sahaja, betapa beraninya jiwa pahlawan muda ini apabila beliau telah keluar daripada tempat persembunyian beliau ketika serangan apabila melihat seorang lagi askar British terbaring menahan kesakitan. Askar British yang cedra di bahagian kaki sangat terdedah dengan tembakan daripada pihak komunis. Demi menyelamatkan askar ini, Awang telah bertindak menyelamatkan dan turut terkena 2 das tembakan di bahagian kaki pangkal paha dan lengan.

Satu-satunya penerima pangkat George Cross di Malaysia

Diatas keberanian beliau menyelamatkan askar British yang cedera ini menjadikan beliau satu-satunya rakyat Malaysia dan salah seorang daripada 25 orang veteran perang seluruh dunia yang menerima pangkat George Cross beserta elaun khas daripada kerajaan Britain.

Digelar 'The Iban Trackers', Kenali Awang Anak Raweng Penerima Pingat George Cross
Digelar ‘The Iban Trackers’, Kenali Awang Anak Raweng Penerima Pingat George Cross. Sumber gambar: paren nyawi’s blog

Beliau juga telah dianugerahkan pangkat Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran Datuk kepada beliau serta dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia atas keberanian dan pengorbanan beliau demi keselamatan negara.

Begitulah kisah pahlawan The Iban Trackers, Awang Anak Raweng yang telah meninggalkan kita pada 18 September 2020 di usianya 104 tahun. Kini, kita boleh melihat makam beliau yang berada di Makam Pahlawan, Taman Budaya, Kuching.

Hargai pahlawan kita dengan mengetahui dan mengamati sejarah perjuangan mereka. Boleh baca artikel berikut untuk mengetahui sejarah pahlawan kelahiran Borneo yang lain:

Kisah Pahlawan Sharif Masahor, Pahlawan Sarawak Yang Berani
‘Agi Idup Agi Ngelaban!’ Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap
SUMBER :The Flame FanvconlineThe Telegraphparen nyawi’s blog
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sebuah Jalan Di Kota Guro Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching
Next Article Kongsi Destinasi Percutian Menarik Di Kapit, Netizen Puji Lelaki Ini Kongsi Destinasi Percutian Menarik Di Kapit, Netizen Puji Lelaki Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?