I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Sejarah Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sejarah Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun

Oleh Nur Afifah 25 Februari 2023
Kongsi
7 Min Bacaan

Kalau masih beroperasi, mesti ia menjadi alternatif selain pengangkutan udara, kan?

Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun. Jika sekarang, satu-satunya pengangkutan untuk berulang alik dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak adalah pengangkutan udara iaitu kapal terbang. Namun demikian, sekitar tahun 80-an, masih belum ada istilah tambang murah seperti kebanyakan penerbangan masa kini. Hanya orang berada dan mempunyai status sosial yang agak tinggi sahaja yang mampu menaiki kapal terbang.

Tetapi, tahukah anda bahawa tanah Semenanjung dan Borneo pernah dihubungkan melalui perkhidmatan feri? Perkhidmatan ini dinamakan sebagai Feri Malaysia dan beroperasi sekitar tahun 80-an.

Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun

Namanya timangannya adalah Feri Malaysia tetapi ia sebenarnya merupakan sebuah kapal persiaran 2 dalam satu yang didaftarkan dengan nama Cruise Muhibbah di Pelabuhan Klang.

Kapal persiaran 2 dalam 1 belayar dari Kuantan-Kuching-Kota Kinabalu

Mengapa dikatakan 2 dalam 1? Ini kerana kapal ini bukan sahaja mampu menampung kapasiti penumpang tetapi juga ia boleh memuatkan kenderaan sekali! Pasti kapal ini pernah menjadi harapan dan kebanggaan warga di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada masa itu. Kapal ini belayar dari pelabuhan di Kuantan, Pahang, menuju ke Kuching, Sarawak kemudiannya ke Kota Kinabalu, Sabah.

Kapal penumpang Cruise Muhibbah ini pada asalnya merupakan sebuah kapal yang dibeli oleh kerajaan Malaysia dari Helsinki, Finland. Harga beliannya adalah berjumlah RM 23.9 juta. Idea Feri Malaysia ini dicetuskan pada tahun 1982 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Mahathir Mohamad. Jelasnya, alternatif ini dapat merapatkan lagi jurang antara penduduk di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Apatah lagi idea ini dilihat begitu signifikan dan tidak mustahil untuk dilaksanakan merentasi Laut China Selatan setelah melihat kepada kejayaan perkhidmatan feri di negara-negara Skandinavia iaitu di antara Finland, Norway dan Denmark.

Kisah Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun!
Sumber : Transport Photos

Kapal Feri Malaysia dibeli dari Helsinki, Finland

Bagi menjayakan projek ini, Jabatan Perdana Menteri telah memilih sebuah syarikat perkapalan iaitu Perbadanan Nasional Shipping Line Berhad (PNSL) untuk menjalankan kajian secara lebih terperinci mengenai idea Feri Malaysia ini. PNSL pula kemudiannya menubuhkan anak syarikat yang bernama Syarikat Feri Malaysia Sdn Bhd pada Jun 1984 untuk melaksanakan kajian tersebut sekaligus melantik seorang pakar dari Eropah sebagai pengurus besar dan penasihat projek tersebut.

Akhirnya, laporan lengkap tentang kajian Feri Malaysia ini dibentang ke Mesyuarat Kabinet pada 27 November 1984 dan kemudiannya diluluskan. Kerajaan Malaysia segera membeli kapal tersebut dari Helsinki, seterusnya membaik pulih dan menaiktaraf feri ini selama 2 tahun. Kerja-kerja membaikpulih ini perlu dilakukan memandangkan kapal ini bakal digunakan untuk pelayaran selama berhari-hari dan bakal menampung muatan infrastruktur, manusia dan kenderaan.

Memulakan pelayaran sulung dari Kuantan ke Borneo selama 2 hari pada Ogos 1986

Kapal yang telah siap dinaiktaraf ini kemudian belayar dari Finland ke Pelabuhan Klang selama sebulan sebelum tiba di Malaysia pada 6 Ogos 1986. Tidak menunggu lama, 31 Ogos 1986 menjadi tarikh keramat yang menyaksikan kapal Feri Malaysia ini dilancarkan oleh Sultan Pahang pada ketika di Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Sempena pelancarannya, Feri Malaysia ini memulakan pelayaran sulungnya dari Pelabuhan Kuantan ke Kuching kemudian ke Kota Kinabalu. Tempoh masa pelayaran dari Kuantan ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 hari.

Kapal muatan 650 penumpang lengkap dengan kemudahan A-class

Sesiapa yang pernah menaiki kapal ini, pasti berasa seolah-olah berada di atas kapal persiaran yang mengelilingi Laut Caribbean. Mana tidaknya, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai kemudahan mewah seperti kolam renang, kafeteria, restoran, bar, disko, kabin tempat tidur, taman permainan dan ruang solat. Malah, pihak kapal juga turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka, pertandingan mewarna, sukan tarik tali, pertandingan catur, persembahan tarian, ceramah agama khusus untuk umat Islam dan sebagainya.

Kisah Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun!
Sumber : Arkib Negara

Dari segi spesifikasi keseluruhannya, kapal ini mempunyai berat sekitar 7,900 tan dengan kepanjangan 134 meter berserta 7 buah dek kapal. Feri Malaysia ini juga mampu memuatkan lebih kurang 600 hingga 650 penumpang pada satu-satu masa. Bukan itu sahaja, sebanyak 240 buah kenderaan atau 40 buah lori treler dengan kepanjangan 40 kaki juga boleh dimuatkan dalam kapal feri seumpamanya di Malaysia ini.

Menariknya, suasana di dalam Feri Malaysia ini sempat dirakam dalam adegan filem lakonan Mr. Os yang ditayangkan pada 25 Jun 1987. Adegan filem tersebut memaparkan suasana Feri Malaysia dengan para pemuzik sempat menyanyikan lagu yang mempunyai seni kata menyebut “Feri Malaysia”.

Tragedi hitam Feri Malaysia

Setahun selepas beroperasi, satu tragedi kebakaran berlaku pada ruang enjin utama pada jam 2.45 petang, 18 Oktober 1987. Pada ketika itu, kapal ini sedang belayar menuju ke Kuantan dan berada kira-kira 5 km dari Pulau Tioman. Seramai 300 orang penumpang dan 40 buah kenderaan berada di dalam kapal tersebut pada waktu kejadian.

Nasib baik, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam tragedi tersebut. Kesemua penumpang berjaya diselamatkan menggunakan 2 buah kapal kargo ke Pelabuhan Kuantan pada hari yang sama. Selepas api berjaya dipadamkan, malangnya kapal tersebut tersadai seketika di laut Pahang.

Punca kebakaran pula adalah disebabkan kapal dari Finland ini sebenarnya terlalu usang dan sudah pun berusia 16 tahun.

Kisah Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun!
Sumber : Arkib Negara

Mimpi indah 4 tahun buat rakyat Malaysia

Mimpi indah buat rakyat Malaysia ini hanyalah sementara. Kapal Feri Malaysia terpaksa menghentikan operasi selepas 4 tahun kerana kos operasinya yang sangat tinggi berbanding keuntungan yang diperolehi. Maka, rakyat Semenanjung, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai pilihan lain selain kembali menggunakan kapal terbang sebagai medium pengangkutan utama merentasi Laut China Selatan.

Mungkin alternatif ini boleh dihidupkan semula selepas ini? Tambahan pula, teknologi semakin canggih. Sistem pengangkutan pun semakin berkembang maju seiring dengan peredaran global. Pada waktu pandemik sudah berakhir, boleh lah perkhidmatan feri ini diwujudkan bagi memberi persaingan kepada industri penerbangan. Mana tahu, ada yang nak bersiar-siar dulu tengok Laut China Selatan sebelum sampai ke destinasi

Tak salah kan?

Tertanya-tanya kenapa harga tiket Sabah Sarawak agak mahal? Boleh baca artikel ini :

Perlu Lalu Laluan Antarabangsa, Ini Sebab Harga Tiket Ke Sabah dan Sarawak Lebih Mahal

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempoi Satu Family Guna Baju Sekolah, Perkahwinan Pasangan Iban Ini Raih Perhatian Netizen Sempoi Satu Family Guna Baju Sekolah, Perkahwinan Pasangan Iban Ini Raih Perhatian Netizen
Next Article Tak Semua Guna Passport Merah, Ini Dokumen Perjalanan Malaysia Yang Anda Perlu Tahu Tak Semua Perlu Passport Merah, Ini Dokumen Perjalanan Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?