• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perlu Lalu Laluan Antarabangsa, Ini Sebab Harga Tiket Ke Sabah dan Sarawak Lebih Mahal

Oleh
Ismail NA
7 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Rupanya Ini Sebab Harga Tiket Sabah dan Sarawak Lebih Mahal Walaupun Dalam Malaysia

Tambah Ilmu Pengetahuan, Gais!

Perlu Lalu Laluan Antarabangsa, Ini Sebab Harga Tiket Ke Sabah dan Sarawak Lebih Mahal. Bagi sesiapa yang kerap menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan utama untuk berulang-alik dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya, pasti ramai yang selalu mengeluh panjang. Mana tidaknya, harga tiket kebiasaannya tidak padan dengan jumlah wang yang ada dalam simpanan bank mahupun dompet.

Tapi pernah kah anda terfikir mengapa harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak lebih mahal walau pun dua negeri ini berada dalam Malaysia? Inilah fakta menarik yang telah kami dapatkan tentang perkara ini.

Harga Tiket Dipengaruhi Ruang Udara Singapura, Pesawat Sebenarnya Masuk Laluan Antarabangsa

Perlu Lalu Laluan Antarabangsa, Ini Sebab Harga Tiket Ke Sabah dan Sarawak Lebih Mahal
Flight Information Regions (FIR) Singapura. Ruang udara Malaysia kini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu.

Jika anda melihat peta ruang udara Malaysia, sebenarnya terdapat jurang antara Semenanjung dan Sabah Sarawak yang dipisahkan oleh ruang udara negara Singapura. Malah, ruang udara Singapura ini lebih besar daripada ruang udara keseluruhan Malaysia.

Bagi membenarkan penerbangan langsung dari Semenanjung ke Sabah Sarawak dan sebaliknya, kapal terbang perlu melalui ruang udara Singapura. Secara automatik, apabila anda menaiki pesawat, anda sebenarnya melalui ruang udara antarabangsa sebelum sampai ke Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

Ruang Udara Ini Hanya Dijaga Oleh Singapura, Bukan Hak Milik Kekal

Rupanya Ini Sebab Harga Tiket Sabah dan Sarawak Lebih Mahal Walaupun Dalam Malaysia
Keadaan di menara kawalan trafik udara. Kredit : Skyguide

Untuk pengetahuan anda, ruang udara tersebut sebenarnya diletakkan di bawah pengurusan negara Singapura sejak tahun 1974. Pengurusan tersebut telah dimeterai melalui Surat Perjanjian Operasi di antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura Mengenai Ketibaan, Keberangkatan dan Penerbangan Singapura 1974 (OLOA 1974).

Walau bagaimanapun, perjanjian ini bukan bermaksud Malaysia menyerahkan ruang udaranya kepada Singapura sebagai hak milik kekal negara jiran tersebut. Sebaliknya, ia hanyalah perjanjian yang membenarkan Singapura untuk mengawal selia ruang udara Malaysia.

Malaysia Boleh Ambil Semula Pada Bila-Bila Masa

Penyerahan tersebut berlaku disebabkan Kawasan Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur (FIR) Malaysia pada waktu itu masih berada di peringkat awal dan belum mempunyai fasiliti yang mencukupi. Oleh itu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mencadangkan agar penjagaan ruang udara tersebut diwakilkan kepada Singapura. Namun, Malaysia berhak untuk mengambil semula kendalian ruang udara tersebut pada bila-bila masa sekiranya fasiliti dan kepakaran sudah mencukupi.

Ekoran daripada itu, pada April 2019, Malaysia melalui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah mengemukakan hasrat untuk mengambil semula penyeliaan ruang udara tersebut pada daripada jagaan Singapura selama 42 tahun. Proses pengambil alihan tersebut dijangka dilaksanakan antara akhir 2019 hingga 2023.

Kredit : Giphy

Jika ruang udara ini sudah dikendalikan oleh Malaysia sendiri pada masa hadapan, kemungkinan harga tiket juga dapat dikurangkan. Sekurang-kurangnya, legalah sikit dada anda yang sesak setiap kali memikirkan harga tiket kapal terbang antara Semenanjung dan Sabah Sarawak kan?

Apa komen anda? Jangan lupa like dan share post ini!

Baca juga artikel lain :

Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen
https://www.iloveborneo.my/tahukah-anda-bahawa-sarawak-mempunyai-18-buah-lapangan-terbang/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Empurau Ikan Paling MEWAH di Malaysia Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Ikan Empurau Adalah Ikan Paling Mewah di Malaysia
Next Article Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar Aquaman di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?