• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sultan Johor Dipilih Yang di-Pertuan Agong Ke-17

Oleh
Farisha
27 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Sultan Johor bakal ganti Sultan Pahang sebagai YDPA mulai 2024

Sultan Johor Dipilih Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Ismail akan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang baharu bermula 31 Januari 2024, buat julung kalinya baginda akan memegang jawatan tersebut.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad pada hari ini, selepas kesemua sembilan Sultan bermesyuarat di Persidangan Raja-Raja bagi memilih siapa antara mereka yang akan menjadi Ketua Negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sumber: harianmetro

“Saya dengan ini memaklumkan bahawa Persidangan Raja-Raja, dalam Mesyuarat Khas ke-263 yang diadakan di Istana Negara pada hari Jumaat, 27 Oktober 2023, telah bersetuju mengisytiharkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor sebagai Sultan Yang di-Pertuan Agong XVII bagi tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024,” kata kenyataan itu.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Ia turut menambah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, akan dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga bagi tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.

Tempoh bagi Yang di-Pertuan Agong sekarang, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, akan tamat pada 30 Januari 2024.

Upacara pertabalan bagi Sultan Ibrahim dijangka akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Keputusan untuk melantik Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu adalah mengikut susunan giliran unik sistem beraja di Malaysia di mana sembilan diraja mengambil giliran memegang jawatan tersebut.

Untuk makluman, sistem ini telah dipersetujui pada tahun 1957 apabila Malaya mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan British.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan Agong Malaysia:

Hidap ‘Sindrom Warewolf’, Agong Dan Permaisuri Santuni Adik Missclyen Di Bintulu Ini Buat Ramai Terharu
Rakyat Sebak Dan Sayu Lihat Agong Anak-Beranak Keletihan Pusing Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 6 Nasi Lemak Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching 6 Nasi Lemak Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching
Next Article Masjid Pertama Dan Tertua Di Sarawak, Ini Sejarah Masjid Bandaraya Kuching Ini Sejarah Masjid Bandaraya Kuching, Masjid Pertama Dan Tertua Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?