• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Sejarah Dan Kisah Mistik Disebalik Taman Tasik Bukit Mas Di Limbang

Oleh
Aina Musa
10 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Ketahui Sejarah Dan Kisah Mistik Disebalik Taman Tasik Bukit Mas Di Limbang

Antara mistik, fakta dan sejarah mengenai taman tasik bukit mas limbang

Ketahui Sejarah Dan Kisah Mistik Disebalik Taman Tasik Bukit Mas Di Limbang. Taman Tasik Bukit Mas ini terkenal dengan kawasan rekreasi dan riadah oleh masyarakat setempat. Antaranya seperti jogging, berjalan kaki atau sekadar bersiar menikmati pemandangan tasik.

Selain itu, Bukit Mas yang menghadap Sungai Limbang juga merupakan lokasi utama dan satu kawasan yang strategik, menurut sumber.

Jadi Tarikan Pelancong, Ketahui Mistik, Fakta Dan Sejarah Taman Tasik Bukit Mas Limbang
Sumber foto: Sarawaktourism

Seorang penduduk Limbang, dikenali sebagai Chua, menyatakan bahawa dari sudut pandangan atas bukit tersebut kelihatan Bandar Seri Begawan. Manakala dari satu sudut pandangan lain, akan kelihatan Jambatan Temburong.

“Dan jika anda bernasib baik, jika cuaca baik pada jam 5.30 pagi, anda boleh melihat Gunung Kinabalu dari satu lagi sudut pandangan,” kata Chua menerusi laporan dayakdaily.

Bahkan, beliau turut mengatakan bahawa jarak Gunung Kinabalu ke Limbang (pandangan lurus) adalah 270 kilometer, manakala Bandar Sri Begawan 17 kilometer.

Terletaknya rumah Premier Sarawak Abang Jo di tempat tersebut

Sementara itu, Chua berkata, Bukit Mas juga merupakan kediaman Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang dilahirkan di Limbang.

Beliau memaklumkan bahawa bapa kepada Abang Johari bekerja sebagai “Pegawai Anak Negeri” atau “Native Officer” di Limbang ketika itu. Bagaimanapun, rumah tersebut kini telah diroboh dan dibangunkan semula menjadi muzium.

Namun, ada cerita misteri dan mistik disebalik tasik tersebut

Bahkan, Chua turut berkongsi certia misteri tentang Bukit Mas. Beliau menyatakan bahawa sejak sekian lama, terdapat kelibat orang berbaju putih di kawasan sekitar bukit itu.

“Namun ia tidak mengganggu sesiapa, tapi beberapa orang mengaku pernah melihatnya,” jelasnya dengan kisah mistik itu.

Jadi Tarikan Pelancong, Ketahui Mistik, Fakta Dan Sejarah Taman Tasik Bukit Mas Limbang
Sumber foto: dayakdaily

“Pernah satu ketika cucu saya yang sedang berlari di Bukit Mas ternampak orang baju putih ini. Namun, cucu saya terus balik dan menceritakan insiden tersebut kepada ibunya,” ujarnya.

Ada wanita mengandung bunuh diri

Menurut Chua lagi, seorang wanita hamil membunuh diri di Bukit Mas sebelum tasik itu diwartakan sebagai kawasan rekreasi. Bagaimanapun, dia menyatakan, kini individu berbaju putih itu sudah tidak kelihatan lagi.

Untuk makluman, Bukit Mas merupakan sebuah kawasan bukit batu kapur yang terletak di Jalan Pandaruan, Limbang. Kawasan ini dinamakan sebagai Bukit Mas sempena penemuan sebuah patung gajah emas di tasik tersebut.

Difahamkan, patung gajah yang berharga tersebut kini berada dipamerkan di Muzium Sarawak.

Baca juga artikel yang berkaitan:

5 Tempat Eko Pelancongan Menarik Yang Anda Mesti Kunjungi Di Limbang
Port Air Terjun Di Serian, Taman Rekreasi Ranchan Kini Sudah Dibuka Buat Orang Ramai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mandi Dalam Air Sungai Jernih, Kampung Pesang River Lodge Sesuai Untuk Sekeluarga Percutian Keluarga Menyeronokkan Di Sungai Jernih Kampung Pesang River Lodge
Next Article Kenali Satria Dan Satrina, Maskot Rasmi SUKMA Sarawak 2024 Kenali Satria Dan Satrina, Maskot Rasmi SUKMA Sarawak 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?