• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Sejarah 2 Restoran Francais Legend Asal Sarawak

Oleh
Ismail NA
1 Februari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
Ketahui Sejarah 2 Restoran Francais Legend Asal Sarawak

Restoran Ini Sudah Dikira Legend di Sarawak!

Ketahui Sejarah 2 Restoran Francais Legend Asal Sarawak. Adakah anda tahu bahawa Sarawak juga mempunyai rangkaian restoran makanan segera? Perniagaan francais merupakan sejenis perniagaan yang membolehkan sesebuah restoran tersebut membuka cawangan di kawasan baru. Kebiasaannya, cawangan dibuka oleh individu yang berminat dengan membayar modal initial capital investment, yuran francais serta sejumlah royalti kepada syarikat asal. Untung banyak tu.

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.

1. SugarBun

Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu
Kedai aiskrim SugarBun yang pertama. Kredit : The Borneo Post

SugarBun bermula dengan sebuah kedai ais krim yang terletak di Kenyalang Park, Kuching pada sekitar tahun 1979. Namun demikian, pengasas Sugarbun menyerahkan syer syarikat kepada pemegang saham yang baru pada tahun 1993 untuk dikembangkan. Pada ketika itu, syarikat ini sudah mempunyai 12 cawangan restoran di seluruh Sarawak. Sehingga kini, restoran ini dimiliki oleh Borneo Oil Berhad.

Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu
Kedai Sugarbun pada awal operasinya. Kredit : SugarBun

Nasi Ayam Sugarbun, Nasi Yang Digemari Ramai

Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu
Menu laku keras di SugarBun. Kredit : Eat Drink KL

Menu yang paling diingati di SugarBun semestinya Nasi Ayam Sugarbun yang beraroma unik dan dicampur dengan kismis. Selain itu, pilihan Asian Food nya yang terdiri daripada Chicken Mushroom Soup, Sambal Eco Fish, Assam Eco Fish, dan Kari Ayam juga menjadi menu laris restoran ini.

Restoran Makanan Segera Miliki Banyak Gelaran ‘Pertama’ di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, SugarBun merupakan restoran makanan segera yang banyak memiliki gelaran “Pertama” di Malaysia. Antaranya ialah restoran makanan segera pertama Malaysia yang mencapai pengiktirafan MS ISO 9002 dan francais makanan segera Malaysia pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Selain itu, SugarBun juga merupakan restoran makanan segera Malaysia pertama yang menembusi pasaran antarabangsa. Fuhh, ini baru betul legend!

Kedai SugarBun di Kuala Lumpur. Kredit : Business Today

Sehingga hari ini, SugarBun telah membuka sebanyak 89 cawangan di dalam dan luar negara termasuklah di Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Labuan, Australia, Brunei, Bangladesh dan Pulau Solomon.

2. SCR (Singapore Chicken Rice)

Singapore Chicken Rice atau nama singkatannya SCR merupakan francais restoran segera nasi ayam yang turut diasaskan di Sarawak. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Johnson Tan. Pada asalnya, niat pembukaan restoran ini sebenarnya untuk menolong seorang rakan memulakan pekerjaan di Kuching setelah lama bekerja dengan Johnson di Singapura. Akhirnya, restoran Singapore Chicken Rice ditubuhkan bersama rakan kongsi, William Chen dan dibantu oleh chef Singapura, Tan Get Meng. Operasi pertama restoran ini bermula di Jalan Song Thian Cheok, Kuching dengan keluasan kedai sekitar 1,200 kaki persegi dilengkapi penyaman udara.

Konsep Restoran Ber’Aircond‘ Titik Mula Kemegahan SCR

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.
Kredit : The Borneo Post

Konsep kedai SCR ketika ia mula diperkenalkan adalah untuk menyediakan servis hidangan nasi ayam dalam sebuah ruang restoran berpenghawa dingin dengan pekerja yang lengkap beruniform. Pada ketika itu, nasi ayam kebanyakannya dijual di kedai kopi dan kopitiam. Disebabkan konsep nya yang lain daripada yang lain, SCR berkembang menjadi sebuah francais restoran yang mesra keluarga dengan persekitaran yang bersih dan selesa.

Cawangan Bukan Sahaja di Sarawak, Brunei dan Indonesia Pun Ada!

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.

SCR kini telah mempunyai sub-brand iaitu SCR Express yang menggabungkan menu lama dan menu baru. Antara bestselling menu tentunya pilihan nasi ayam sama ada steamed atau pun fried, baby kailan in oyster sauce, beancurd in oyster sauce dan chicken meat roll. SCR kini telah mempunyai sebanyak 30 cawangan restoran termasuklah di Brunei dan Indonesia.

Mesti ada yang baru tahu tentang sejarah restoran francais asal Sarawak ini kan? Semoga lebih banyak restoran jenama Sarawak seperti ini mampu berkembang dan menembusi pasaran dunia. Siapa tak bangga kalau tiba-tiba ada Sugarbun dan SCR dekat New York kan? Suatu hari nanti, siapa tahu.

Baca lagi artikel menarik:

Dinobat Sugarbun Paling ‘Nyaman’ Di Sarawak, Sugarbun Sarikei Jadi Kegilaan Warga Tempatan
Yummy Express Di Farley Kuching, Kini Chicago 7 Dan SCR Boleh ‘Drive Thru’ Sahaja
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Indah Seperti Di Luar Negara, Ketahui Dreamland Beach Holiday Homestay Di Kudat
Next Article Royal Brunei Airlines Bakal Tambah Penerbangan Laluan Brunei-Kuching Mulai April 2024 Royal Brunei Airlines Bakal Tambah Penerbangan Laluan Brunei-Kuching Mulai April 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?