• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sekali Lagi Pelanggan Kecewa, KFC Bagi Alasan Kehabisan Stok Hampir 5 Bulan Di Cawangan Semporna

Oleh
Nazihah AN
25 Februari 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Sekali Lagi Mengecewakan Pelanggan, KFC Bagi Alasan Kehabisan Stok Hampir 5 Bulan Di Cawangan Semporna

KFC Semporna Sabah masih guna alasan yang sama selama 5 bulan

Sekali Lagi Pelanggan Kecewa, KFC Bagi Alasan Kehabisan Stok Hampir 5 Bulan Di Cawangan Semporna. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai peminat restoran makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken atau KFC di Malaysia ini. Bahkan ianya merupakan restoran yang ikonik kerana hampir setiap daerah mempunyai cawangan KFC.

Isi Isi Penting
  • KFC Semporna Sabah masih guna alasan yang sama selama 5 bulan
  • “KFC Semporna mengatakan tak ada stok tu dah berlalu lama dah 5 bulan berterusan”
  • KFC tampil beri penjelasan di laman rasmi Twitter
  • Gangguan rantaian bekalan
  • Lagi menarik di sini:

Tidak lama sebelum ini telah berlaku satu isu yang telah menggegar seluruh Malaysia bahawa KFC tidak lagi dapat menyediakan coleslaw di cawangan Sarawak, Sabah dan Langkawi.

Kali ini sekali lagi Malaysia telah digegarkan isu hampir segala menu yang ada di KFC Malaysia mengalami kehabisan stok. Melalui laman Facebook milik Zairol Amran, telah memuatnaik satu kongsian ke group FB KFC Malaysia Champs Challenge dengan menyatakan kekecewaannya terhadap servis KFC di Semporna, Sabah.

Sekali Lagi Pelanggan Kecewa, KFC Bagi Alasan Kehabisan Stok Hampir 5 Bulan Di Cawangan Semporna
Sumber : Facebook

“KFC Semporna mengatakan tak ada stok tu dah berlalu lama dah 5 bulan berterusan”

Melalui kongsian tersebut, lelaki ini juga turut muatnaik gambar yang menunjukkan kotak KFC yang dibelinya sekali dengan cawan plastik biasa berisi air berkarbonat.

“Tak pernah dalam sejarah KFC menggunakan cawan untuk letak air dengan menggunakan cawan plastik pasar malam… Tak pernah jumpa KFC yang tak menyediakan sos cili atau pun sos tomato… Semua mesti ada dekat restoran terkenal itu. Tapi di KFC Semporna, pihak restoran hanya menggunakan cawan biasa untuk letak air… Yang langsung tak ada logo KFC… Sos cili tak disediakan langsung… Sos cili tak disediakan langsung… Lagi menyedihkan nasi KFC… dia masak nasi biasa je tak ada perisa seperti wangi nasi ayam… KFC Semporna sering kali bagi alasan kepada pelanggan tak ada stok… sekali dua tak apa tapi alasan daripada pihak KFC Semporna mengatakan tak ada stok tu dah terlalu lama dah 5 bulan berterusan… orang ramai seperti beranggapan KFC Semporna seolah-olah tak ada etika…dan selalu memperbod*hkan pelanggan dengan memberi alasan stok belum sampai… minta pengurusan restoran KFC Semporna ambil serius dengan stok yang tak ada… Andai kata stok tak ada baik tutup je sementara premis… Sebab terlalu mendukacitakan alasan yang sering kali diberikan oleh cashier kat kaunter tersebut… Gambar burger dia letak di hadapan… bila order semua tak ada, alasan stok tak ada… yang amat mendukacitakan sekali KFC Semporna menggunakan cawan biasa untuk letak air minuman… langsung tak ada lambang brand tersebut”

Asyik menggunakan alasan yang sama kehabisan stok selama 5 bulan agak keterlaluan bagi lelaki ini sehinggakan hampir semua menu tidak dapat dihidangkan. Antara barang yang kerap tidak dihidangkan seperti kehabisan stok sos cili, nasi butter, bahkan cawan yang dihidangkan adalah cawan plastik tanpa logo KFC.

Beberapa netizen juga turut komen meluahkan rasa kecewa di kongsian tersebut apabila mendapati restoran yang popular ini tidak mempunyai bekalan yang mencukupi untuk dijual kepada pelanggan.

Sekali Lagi Pelanggan Kecewa, KFC Bagi Alasan Kehabisan Stok Hampir 5 Bulan Di Cawangan Semporna
Gambar hiasan : Trip.com

KFC tampil beri penjelasan di laman rasmi Twitter

Telah difahamkan bahawa keadaan ini juga berlaku di beberapa cawangan KFC di Malaysia. Boleh tahan ramai yang merungut bila masing-masing nak beli ayam tetapi pekerjanya memberitahu bahawa tiada stok.

Netizen di bahagian semenanjung turut meluahkan kekecewaannya melalui Twitter akan perkara yang sama dihadapi oleh mereka sehinggakan tiada bekalan ayam di cawangan KFC mereka selama 4 hari.

Sekali Lagi Pelanggan Kecewa, KFC Bagi Alasan Kehabisan Stok Hampir 5 Bulan Di Cawangan Semporna
Sumber : Twitter

Ayam ke burung puyuh ni celaka @KFCmalaysia ? Harga makin mahal. Saiz macamni kau bagi dekat customer? Bangang2 je. https://t.co/6fNB7jYkjo pic.twitter.com/YStjDb3Dd1

— REFORMIST (@reformist__) February 24, 2022

Gangguan rantaian bekalan

Sejurus kemudian, pihak KFC tampil memohon maaf dan turut menjelaskan perkara sebenar yang berlaku terhadap isu yang dihadapi ketika ini. Menurut pihak KFC Malaysia, perkara tersebut berlaku akibat gangguan rantaian bekalan yang berlaku di seluruh dunia akibat pandemik Covid-19.

Tambah mereka, situasi tidak diduga mengakibatkan hidangan dalam menu utama kehabisan stok sementara waktu. Kemungkinan perkara ini juga turut menjelaskan atas isu yang telah dialami oleh cawangan KFC di Semporna.

Hi, Dukacita dimaklumkan kerana gangguan rantaian bekalan global akibat pandemik, KFC turut terjejas. Situasi tidak diduga mengakibatkan hidangan dalam menu utama kehabisan stok sementara waktu. Kami berusaha keras mencari penyelesaian alternatif. Kesabaran anda kami hargai.

— KFCmalaysia (@KFCmalaysia) February 22, 2022

Lagi menarik di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempena Citrawarna, Ini Promosi Hebat Yang Anda Boleh Dapatkan Di Plaza Merdeka
Next Article Haruan Makan Anak! Bapa Cabul Kehormatan 3 Anak Tiri Bawah Umur Di Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?