• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sekat Promosi Alkohol, Tindakan MP PAS Ini Ditegur Tiong Sebagai ‘Budaya Ekstremis’

Oleh
Nazihah AN
14 Januari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Sekat Promosi Alkohol, Tindakan MP PAS Ini Ditegur Tiong Sebagai 'Budaya Ekstremis'

Ahli parlimen PAS, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan untuk menyekat penjualan alkohol sempena CNY

Sekat Promosi Alkohol, Tindakan MP PAS Ini Ditegur Tiong Sebagai ‘Budaya Ekstremis’. Tindakan ahli parlimen PAS, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan untuk menyekat penjualan alkohol bersempena sambutan Tahun Baru Cina di sebuah pusat beli-belah di Pulau Pinang ini ditegur Tiong.

Menerusi laporan media tempatan, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing berkata bahawa Fawwaz harus menghentikan “budaya ekstremis” yang merugikan negara dan memusnahkan keharmonian masyarakat majmuk.

Sekat Promosi Alkohol, Tindakan MP PAS Ini Ditegur Tiong Sebagai 'Budaya Ekstremis'
Sekat Promosi Alkohol, Tindakan MP PAS Ini Ditegur Tiong Sebagai ‘Budaya Ekstremis’

“Pelbagai perkara atau isu sensitif yang timbul di negara ini sering ditiupkan oleh segelintir kumpulan yang melakukan sesuatu hanya untuk kepentingan peribadi” – Tiong

“Malaysia dikenali sebagai sebuah negara unik dengan masyarakat berbilang agama yang hidup aman dan harmoni.Ini tidak boleh dinafikan dan semua rakyat perlu mengakui dan berbangga dengan keistimewaan yang dimiliki Malaysia ini.

“Namun apa yang menyedihkan, dalam dunia yang semakin pantas menuju ke era tamadun digital demi kesejahteraan rakyat termasuk ekonomi, politik, budaya dan sosial, masih terdapat segelintir pihak yang mahukan negara dilihat mundur,” kata Tiong yang juga merupakan ahli parlimen Bintulu.

Tambah beliau juga pelbagai perkara atau isu sensitif yang timbul di negara ini sering ditiupkan oleh segelintir kumpulan yang melakukan sesuatu hanya untuk kepentingan peribadi. Dilihat sebagai fenomena yang tidak sihat, beliau berkata ia menyebabkan negara kita dilihat jumud dan tidak mampu untuk maju, malah ia akan menjejaskan industri pelancongan negara.

Sekat Promosi Alkohol, Tindakan MP PAS Ini Ditegur Tiong Sebagai 'Budaya Ekstremis'
Sumber: Facebook

‘Hasil pertemuan sebentar tadi kami bertegas membantah sebarang penjualan atau promosi arak secara besar-besaran seperti di ruang legar utama Sunway Carnival Mall.’ – Fawwaz

Ujar Tiong juga, Fawwaz sebagai ahli parlimen sepatutnya lebih memahami bahawa Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan agama, maka dia tidak seharusnya memperbesarkan isu berkaitan agama.

“Tambahan pula, isu ini sangat sensitif dalam kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Rakyat Malaysia sudah berpuluh tahun hidup harmoni dan bertolak ansur, jangan hancurkan dalam sekelip mata.

“Sekiranya setiap isu yang timbul dikaitkan dengan agama dan kaum, sudah tentu ia akan memberi tekanan kepada pelbagai sektor perindustrian dan turut menjejaskan tarikan pelancong bukan Islam ke negara ini.

“Tidak mustahil pelancong akan menganggap kita sebagai negara ekstrem jika kita terus bersikap seperti ini,” tambahnya.

Pada beberapa hari yang lepas, Fawwaz menyatakan di laman Facebook rasmi beliau bahawa beliau telah menerima aduan daripada orang ramai mengenai promosi minuman beralkohol di Sunway Carnival Mall.

Semasa pertemuannya dengan pengurusan pusat beli-belah itu, ahli parlimen PAS itu berkata dia menyatakan “bantahan keras” terhadap promosi besar-besaran dan penjualan minuman beralkohol di kawasan lobi utama.

Sekat Promosi Alkohol, Tindakan MP PAS Ini Ditegur Tiong Sebagai 'Budaya Ekstremis'
Sumber: Facebook

Tiong menegaskan bahawa Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan utama di negara kita.

“Kami mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia setiap tahun ke Pulau Pinang. Ramai pelancong asing datang ke Pulau Pinang untuk melancong, melawat tempat bersejarah dan menikmati masa lapang dengan ‘minum’ bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Justeru, kerajaan negeri Pulau Pinang perlu mempertimbangkan semula isu ini dalam masa yang sama tidak membelakangkan kaum lain untuk mengekalkan keharmonian di negara ini,” katanya.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah:

Selepas Isu Tiada Permit, Beam Kini Dilarang Masuk Ke Taman Awam Sekitar Kuching
‘Harga Untuk Kayangan’, Lagi Sekali Harga Tiket Masuk Kampung Budaya Jadi Bualan Netizen
SUMBER :Malaysia Kini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selepas Isu Tiada Permit, Beam Kini Dilarang Masuk Ke Taman Awam Sekitar Kuching Selepas Isu Tiada Permit, Beam Kini Dilarang Masuk Ke Taman Awam Sekitar Kuching
Next Article Sering Ditanya Bila Kahwin, Wanita Dari Sabah Ini Kongsi Pendapatnya Tentang Berkahwin Secara Tergesa-Gesa Sering Ditanya Bila Kahwin, Wanita Dari Sabah Ini Kongsi Pendapatnya Tentang Berkahwin Secara Tergesa-Gesa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?