• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selepas Isu Tiada Permit, Beam Kini Dilarang Masuk Ke Taman Awam Sekitar Kuching

Oleh
Aina Musa
14 Januari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Selepas Isu Tiada Permit, Beam Kini Dilarang Masuk Ke Taman Awam Sekitar Kuching

Taman Awam sekitar Kuching direka hanya untuk aktiviti yang dibenarkan sahaja

Selepas Isu Tiada Permit, Beam Kini Dilarang Masuk Ke Taman Awam Sekitar Kuching. Pemilik persendirian atau operator yang ingin mengusahakan operasi Skuter Elektrik Beam (e-skuter) digalakkan mencari tempat dan memohon permit yang sewajarnya daripada pihak majlis bandar raya.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata, operasi e-skuter tidak dibenarkan di kedua-dua taman MBKS dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kerana taman berkenaan tidak direka untuk menampung e-skuter.

Selepas Isu Tiada Permit, Beam Kini Dilarang Masuk Ke Taman Awam Sekitar Kuching. Sumber: Utusan Borneo

“Semua taman tersebut direka untuk berjalan kaki, berlari dan pelbagai jenis sukan lain yang dibenarkan.

Beam diarah mohon permit terlebih dahulu dan cari tempat yang lebih sesuai

“Jika anda ingin menceburi perniagaan jenis ini, gunakan saluran yang betul. Ketahui juga cara dan pendekatan yang betul untuk melakukannya iaitu mendapatkan permit serta lesen daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Bazar Seni Mural Neurodivergen 2023 di sebuah hotel tempatan di sini, hari ini.

Beliau menambah, majlis bandar raya mengutamakan keselamatan rakyat dan aspek perundangan operasi.

“Tunggangan e-skuter tidak boleh dilakukan di atas jalan biasa atau jalan awam atas dasar keselamatan, lebih-lebih lagi e-skuter tidak memerlukan penunggangnya memakai topi keledar atau apa-apa perlindungan lain,” katanya.

Jelasnya, pengusaha operasi e-skuter tidak harus menjalankan perniagaan untuk menjana wang semata-mata, tetapi turut mempunyai tanggungjawab dalam menjaga keselamatan orang awam yang menunggangnya.

“Jika berlaku kemalangan dan terdapat penunggang atau orang cedera, mereka mungkin boleh dirawat. Akan tetapi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti kematian, siapa yang akan dipersalahkan? Adakah mereka akan menyalahkan majlis bandar raya?” katanya sambil menambah, DBKU bersetuju dengan MBKS mengenai peraturan ini.

Wee dalam pada itu juga sedia maklum bahawa orang ramai telah menuduh pihak majlis tidak memberi peluang kepada belia untuk menubuhkan perniagaan baharu.

“Itu bukanlah komen yang adil kerana syarikat mempromosikan e-skuter tersebut berdaftar di Kuala Lumpur, manakala pemegang sahamnya adalah rakyat Singapura dan Malaysia.

“Mereka yang menjalankan perniagaan ini telah beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia malah di Singapura. Justeru, mereka harus sedia maklum bahawa apabila datang ke Sarawak, mereka perlu mengikut peraturan kita.

“Pada masa yang sama, kita mempunyai kewajipan untuk melindungi nyawa rakyat Sarawak.

Beam turut dilarang digunakan di atas jalan raya

“Sehubungan itu, sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan e-skuter, maka buatlah permohonan dengan betul, dapatkan permit dan lesen. Kita telah meletakkan pendirian ini dengan jelas dan tidak menentang sesiapa pun,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Wee juga memaklumkan kepada orang awam bahawa menunggang e-skuter di atas jalan raya atau kawasan selain yang dibenarkan adalah dilarang dan merupakan satu kesalahan.

“Apabila anda ditangkap polis, penaltinya ialah RM300. Mungkin jumlahnya tidak seberapa tetapi bagaimana sekiranya berlaku kemalangan? Adakah mereka akan bertanggungjawab untuk itu?

“Sebarang perkara atau kejadian membabitkan e-skuter merupakan tanggungjawab pengguna. Kita cuba menghalang perkara tidak diingini daripada berlaku selagi kita mampu, tetapi ia masih terpulang kepada individu,” katanya.

Baca lagi artikel berkaitan operasi Beam di Kuching:

Beam Mohon Warga Kuching Hantar Sokongan Bertulis Penggunaan E-Skuter Ke Dewan Bandaraya
Operasi Skuter Elektrik Beam di Kuching Rupanya Haram, Perlu Permit
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berita Baik, Cawangan Pertama Hazukido Kini Dibuka Di Vivacity Kuching Berita Baik, Cawangan Pertama Hazukido Kini Dibuka Di Vivacity Kuching
Next Article Sekat Promosi Alkohol, Tindakan MP PAS Ini Ditegur Tiong Sebagai 'Budaya Ekstremis' Sekat Promosi Alkohol, Tindakan MP PAS Ini Ditegur Tiong Sebagai ‘Budaya Ekstremis’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?