• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sekeluarga Dihalau Jiran, Keluarga Hadapi Diskriminasi Akibat Anak Meninggal Kerana Covid19

Oleh
ILB - AI
7 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
"Kami Sekeluarga Dihalau Oleh Jiran," Satu Keluarga Menghadapi Diskriminasi Akibat Anak Meninggal Kerana Covid-19

Tidak berhati perut langsung

Sekeluarga Dihalau Jiran, Keluarga Hadapi Diskriminasi Akibat Anak Meninggal Kerana Covid19. Menurut satu akhbar dimuat naik oleh Makassar Terkini.id, ia melaporkan sekeluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19 menghadapi diskriminasi oleh jiran mereka sehingga dihalau dari perumahan mereka.

Isi Isi Penting
  • Tidak berhati perut langsung
  • Berlaku di Jakarta Utara, Indonesia
  • Jangan mengusir sesiapapun
  • Baca Juga Artikel Lain :
Sekeluarga Dihalau Jiran, Keluarga Hadapi Diskriminasi Akibat Anak Meninggal Kerana Covid19
Sekeluarga Dihalau Jiran, Keluarga Hadapi Diskriminasi Akibat Anak Meninggal Kerana Covid19

Berlaku di Jakarta Utara, Indonesia

Malangnya, salah seorang ahli keluarga tersebut meninggal dunia akibat Covid-19. Sebagai langkah keselamatan, semua ahli keluarga tersebut diarah untuk mengasingkan diri. Walaupun mereka dibenarkan untuk kuarantin di rumah, ia masih tidak memuaskan hati jiran mereka yang turut mengusir mereka dan cuba menghalau mereka dari tempat kediaman mereka.

“Sudah lah masih bersedih kerana salah seorang ahli keluarga (anak) meninggal dunia akibat Covid-19 pada hari Jumaat, mereka sekeluarga turut dihalau dari rumah sewa pada hari Sabtu.”

Pernyataan ini dikatakan oleh Ketua Gerakan Rakyat Cinta Indonesia, Irma, ketika menziarahi keluarga terbabit pada Isnin lepas. Menurut beliau, pihak rukun tetangga kejiranan telah menyarankan ahli keluarga tersebut untuk kuarantinkan diri di rumah. Walau bagaimanapun, jiran-jiran mereka tidak berpuas hati kerana anak kecil keluarga itu dikatakan batuk dan masih keluar dari rumah.

Sekeluarga Dihalau Jiran, Keluarga Hadapi Diskriminasi Akibat Anak Meninggal Kerana Covid19
Kredit: Giphy

Jangan mengusir sesiapapun

Beliau berkata lagi penduduk tempatan tidak boleh mengusir sesiapapun terutamanya mereka yang tergolong dalam golongan Orang Dalam Pemantauan (ODP) Covid-19.

“Kerajaan sepatutnya menyarankan penduduk tidak meminggir OPD. Selain itu, semua jiran perlu memberi sokongan ketika (mereka) bersedih salah seorang ahli keluarga meninggal,” katanya lagi.

Tambah Irma lagi, kerajaan disarankan untuk menyampaikan maklumat jelas melalui saluran rasmi bagi mengelakan rasa panik dalam kalangan penduduk tempatan sekiraya kejadian seperti ini berlaku lagi dudi hari.

Harap-harap kita jangan bertindak sebegini sekiranya kita mengenali sesiapa di persekitaran kita yang terjangkit Covid-19. Tindakan wajar kepada mereka yang terjejas adalah memberi kata-kata semangat sebagai motivasi agar mereka akan sentiasa kekal kuat menghadapi cabaran sebegini. Be positif, guys!

Kredit: Giphy

Baca Juga Artikel Lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Vaksin Rawat COVID-19 Yang Dibiaya Bill Gates Kini Diuji Ke Atas Manusia
Next Article Covid-19 : Negeri Sarawak Mengamalkan Pencegahan Tertinggi Di Malaysia Covid19 : Sarawak Amal Pencegahan Terbaik Di Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?