• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur Ini Buktikan Berbaloi Adakan Lawatan Ke Kuching

Oleh
Nazihah AN
16 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Sekolah Antarabangsa Di Kuala Lumpur Adakan Lawatan Ke Kuching Buat Netizen Teruja

Sekolah ini membuktikan bahawa ianya berbaloi untuk buat lawatan ke Kuching

Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur Ini Buktikan Berbaloi Adakan Lawatan Ke Kuching. Jarang sekali kita dengar sekolah di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, memilih Kuching, Sarawak, sebagai destinasi lawatan sekolah.

Namun, Sri Bestari International School (SBIS) telah mengambil langkah berani dengan membawa pelajar mereka meneroka keunikan Bumi Kenyalang dalam lawatan pertama mereka ke sana. Perjalanan selama empat hari tiga malam ini penuh dengan pengalaman menarik dan meninggalkan kenangan manis buat para pelajar.

Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur Ini Buktikan Berbaloi Adakan Lawatan Ke Kuching

Sekolah tersebut adakan lawatan selama empat hari tiga malam di Kuching, Sarawak

Pelajar SBIS memulakan pengembaraan mereka dengan melawat Muzium Kebudayaan Borneo, sebuah lokasi yang kaya dengan sejarah dan budaya masyarakat tempatan. Tidak ketinggalan, mereka turut merakam kenangan bergambar bersama patung kucing yang ikonik, simbol utama bandar Kuching. Selain itu, para pelajar berpeluang menikmati kek lapis Sarawak yang terkenal dengan rasa unik dan reka bentuk berwarna-warni.

Semasa berada di Kuching, pelajar juga mengunjungi Pusat Hidupan Liar Semenggoh, di mana mereka berkesempatan melihat orang utan dalam habitat semula jadi – satu pengalaman yang pastinya sukar dilupakan. Aktiviti mereka menjadi lebih istimewa apabila menyusuri sungai dengan bot sambil menikmati panorama indah sekitar.

Apa yang lebih menarik, mereka menginap di rumah panjang Iban, di mana mereka merasai sendiri kehidupan tradisional masyarakat tempatan. Dengan pelbagai aktiviti ala “hidup seperti penduduk kampung,” pelajar belajar menghargai gaya hidup luar bandar. Tidak lengkap pengalaman mereka tanpa menikmati pelbagai hidangan tradisional Sarawak yang kaya dengan rasa dan budaya. Sebelum pulang, mereka juga membeli cenderamata unik sebagai kenangan manis.

Kemuncak lawatan ini adalah kunjungan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di mana para pelajar menyertai aktiviti hands-on dalam bidang fizik, kimia, biologi, dan teknologi maklumat. Aktiviti ini memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dunia pendidikan tinggi sambil berseronok.

Perjalanan ini bukan sekadar sebuah lawatan biasa tetapi turut membuka mata pelajar terhadap keunikan Sarawak dan cara hidup masyarakatnya. Netizen yang melihat perkongsian ini di media sosial turut teruja, malah ada yang menyatakan rasa kagum terhadap usaha SBIS membawa pelajar keluar dari zon selesa untuk menjelajah Malaysia Timur.

Baca juga cerita menarik di bawah:

PMX Ucap Tahniah, Bangga Cikgu Di Sarawak Ini Tersenarai 50 Terbaik Dunia
Rezeki Durian Runtuh, 2 Pemenang Sarawak Menang Jackpot Dream To Bali Magnum 4D

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PMX Ucap Tahniah, Bangga Cikgu Di Sarawak Ini Tersenarai 50 Terbaik Dunia PMX Ucap Tahniah, Bangga Cikgu Di Sarawak Ini Tersenarai 50 Terbaik Dunia
Next Article Akibat Kekangan Dana, Rubber Girl Sabah Mungkin Terlepas Peluang Keemasan Ke Festival Dunia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?