Pemanah muda Sekolah Vision Sandakan raih 4 pingat, iaitu satu pingat emas, dua perak, dan satu gangsa
Sekolah Vision Sandakan Raih Emas Di Pertandingan Memanah Antarabangsa Sabah 2024. Pemanah-pemanah dari Sekolah Vision Sandakan berjaya membawa pulang satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa dalam Pertandingan Memanah Antarabangsa Sabah 2024 yang julung kali diadakan di Tawau baru-baru ini.
Nicholas Yeo Kah Hsien memenangi pingat emas dalam kategori Markah Keseluruhan Lelaki Bawah 12 Tahun.

Nicholas juga bergandingan dengan Joshua Hon Yu Shen dan Putra Aish Ismail Weljain dari Kelab Memanah Otiru Tongod untuk memenangi pingat perak dalam acara Penyingkiran Berpasukan Lelaki Bawah 12 Tahun.
Nicholas turut meraih satu lagi pingat perak bersama Eunice Hing Xin Ning dalam acara Penyingkiran Berpasukan Campuran Bawah 12 Tahun.
Menurut sumber, Eunice berjaya menduduki tempat keempat dalam kategori Markah Keseluruhan, sekali gus membawa pulang pingat gangsa untuk pasukan.
Sekolah Vision Sandakan menghantar pasukan yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan ke pertandingan tersebut yang telah menarik penyertaan pemanah-pemanah dari Taiwan, Singapura, Thailand serta pemanah-pemanah negeri dan kebangsaan dari seluruh Malaysia.

