• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia

Oleh
Husna Hazmi
8 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Selain itu, terdapat 2 lagi projek mega yang akan dijalankan di Sarawak.

Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia. Pembukaan Seksyen Pujut bagi Pakej Kerja Sungai Tangap ke Jalan Pujut Link (WPC11) semalam telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak kini bakal mempunyai jalan raya bertaraf dunia. Beliau juga turut berkata dengan pembukaan seksyen ini, ia menjadi bukti bahawa kerajaan negeri ini sentiasa menunaikan janji kepada rakyat.

Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia
Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia

Tidak perlu berasa sakit belakang menaiki kenderaan

Memetik kata-kata dari Allahyarham Pehin Seri Adenan, beliau berkata dengan adanya jalan tersebut, rakyat tidak lagi akan merasai sakit belakang ketika menaiki kenderaan apabila menggunakan jalan seperti ini.

Tambah beliau lagi, pembukaan seksyen ini juga memberi manfaat kepada penduduk terutama memberi kemudahan kepada pengguna berulang alik dari Miri ke Limbang, Sibu dan Kuching.

Seksyen Pujut adalah seksyen yang dibina sepanjang 15.9 kilometer di bawah Pakej Kontrak Kerja 11 (WPC11) dengan anggaran kos keseluruhan projek sebanyak RM 470 juta.

Skop pembinaan di bawah Seksyen Pujut juga merangkumi pembinaan dua jejambat iaitu jejambat Lapangan Terbang Miri dan jejambat Pujut Link serta dua jambatan iaitu jambatan Sungai Adong dan Sungai Miri.

Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia

2 Lagi projek mega telah diumumkan

Dalam majlis perasmian Seksyen Pujut bagi Pakej Kerja Sungai Tangap ke Jalan Pujut Link (WPC11), Perdana Menteri juga turut mengumumkan terdapat dua lagi projek mega di kawasan utara negeri Sarawak iaitu, Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB).

Projek tersebut bakal menghubungkan Miri, Limbang dan Lawas seterusnya ke Sabah melalui dua opsyen jaringan jalan raya. Pengguna jalan raya dari Miri ke Limbang dan Lawas boleh melalui negara Brunei Darussalam, menggunakan laluan projek LTB sepanjang 96km yang bakal ditambah baik kepada dua buah lorong dua hala.

Bagi mereka yang tidak mahu melalui negara Brunei boleh menggunakan Jajaran Fasa 2 Projek SSLR sepanjang 326km yang merupakan kesinambungan Fasa 1 Projek SSLR dari Simpang Gelugus ke Long Lopeng sepanjang 77km.

Baca lagi di sini mengenai projek-projek besar yang akan dijalankan di Sarawak:

SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jeruk McDonald’s Lekat Di Siling Galeri Seni, Artis Caj ‘Karyanya’ Pada Harga RM28K
Next Article Digelar 'Beg Sampah Termahal Di Dunia,' Jenama Fesyen Ini Melancarkan Beg Sampah Baharu Bernilai RM7.9K Digelar ‘Beg Sampah Termahal Di Dunia,’ Jenama Fesyen Ini Melancarkan Beg Sampah Baharu Bernilai RM7.9K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?