• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Bakal Beli 38 Unit Tren ART Dari Negara China

Oleh
Aina Musa
24 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Media China Lapor 38 Unit Tren ART Bakal Dibeli Untuk Sarawak

Sarawak akan membeli 38 kenderaan Autonomous Rail Rapid Transit (ART) dari China.

Sarawak Bakal Beli 38 Unit Tren ART Dari Negara China. Berdasarkan laporan daripada sebuah portal media dari negara China, sebanyak 38 Unit Tren ART Bakal Dibeli Untuk Sarawak.

Selaras dengan rancangan pembinaan ART bagi kegunaan dan kemudahan rakyat, Kerajaan Negeri Sarawak telah bercadang untuk membeli 38 kenderaan Autonomous Rail Rapid Transit (ART) dari China. Kenderaan itu akan dikeluarkan dan dibekalkan oleh CRRC Zhuzhou Locomotive Company Limited yang berpangkalan di Cina.

Sarawak Bakal Beli 38 Unit Tren ART Dari Negara China
Sarawak Bakal Beli 38 Unit Tren ART Dari Negara China. Gambar sekadar hiasan

ART bantu masalah kesesakan lalu lintas di Kuching

Semasa majlis penganugerahan notis pemenang bidaan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sistem ART ini akan membantu melegakan kesesakan lalu lintas di Kuching.

Sarawak Bakal Beli 38 Unit Tren ART Dari Negara China
Kredit Foto: Sarawak Metro

Dengan kelajuan 70km/jam, kenderaan tersebut akan mampu membawa kira-kira 300 penumpang pada satu-satu masa.

Selain itu, kenderaan elektrik berkuasa hidrogen ini dimanfaatkan di Sarawak kerana ART ini bersifat rendah karbon dan mesra alam selaras dengan agenda hidrogen hijau Sarawak serta pembangunan ekonomi hidrogen Sarawak.

Sarawak Bakal Beli 38 Unit Tren ART Dari Negara China
Gambar sekadar hiasan

ART yang dibangunkan oleh CRRC Zhuzhou ini merupakan sistem transit rel yang inovatif dan pintar yang akan mengintegrasikan kelebihan transit rel dan pengangkutan awam.

Projek KUTS akan dilaksanakan dalam dua fasa, dengan kerja-kerja pada fasa pertama yang meliputi 52 km dijadualkan dimulakan pada 2022.

Keseluruhan Fasa Satu dijangka beroperasi menjelang 2027.

Baca lebih lagi berkenaan laluan dan proses pembinaan ART di Sarawak:

SUMBER :ecns.cn
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize
Next Article Hasil Tangan Potret Wajah Jadi Tarikan Baru Di Downtown Kampung Seberang Sarikei

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?