• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selamba Bawa Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ Di Thailand, Gelagat 2 Lelaki Ini Buat Warga Sarawak Kagum

Oleh
Aina Musa
2 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Selamba Bawa Lagu 'Bekikis Bulu Betis' Di Thailand, Gelagat 2 Lelaki Ini Buat Warga Sarawak Kagum

Tahniah buat brader ni!

Selamba Bawa Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ Di Thailand, Gelagat 2 Lelaki Ini Buat Warga Sarawak Kagum. Walaupun lagu “Bekikis Bulu Betis’ ditulis dalam dialek Iban, ia sangat popular sehingga mana-mana rakyat Sarawak akan mengenali serta-merta lagu itu jika ia disiarkan di radio atau dimainkan semasa upacara keramaian.

Oleh kerana keaslian lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ ini, penyanyinya Ngalai telah berjaya mengumpulkan peminat walaupun bukan berbangsa Iban. Tidak keterlaluan dikatakan lagu ini sudah pun menjadi ikon budaya Sarawak dan sering dipentaskan pada acara-acara kebudayaan.

Selamba Bawa Lagu 'Bekikis Bulu Betis' Di Thailand, Gelagat 2 Lelaki Ini Buat Warga Sarawak Kagum
Selamba Bawa Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ Di Thailand, Gelagat 2 Lelaki Ini Buat Warga Sarawak Kagum. Kredit: Luna Emma Salleh 

Lagu Bekikis Bulu Betis goes international!

Uniknya kali ini, lagu Bekikis Bulu Betis Ini dinyanyikan di luar negara dimana dua orang lelaki berasal dari Sarawak menyanyikan lagu tersebut di Thailand.

Difahamkan, lagu tersebut dipersembahkan di pentas nyanyian pesta makanan Thailand beberapa hari lepas.

Selamba Bawa Lagu 'Bekikis Bulu Betis' Di Thailand, Gelagat 2 Lelaki Ini Buat Warga Sarawak Kagum

Video persembahan mereka menjadi viral di media sosial, dan rakyat Sarawak teruja melihat bagaimana lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ diterima oleh pelancong di situ.

Menariknya, lagu tersebut dinyanyikan di hadapan ribuan rakyat di Hatyai, Thailand.

Ini pula reaksi netizen

Setelah meninjau ke ruangan komen, dilihat rata-rata rakyat Sarawak kagum dan teruja melihat persembahan tersebut.

Menurut netizen, bukan sahaja di Sarawak lagu Bekikis Bulu Betis ini turut terkenal di Thailand. Bahkan, tarian yang sangat sinonim dengan lagu tersebut diketahui oleh warga Thailand. Terbaik!

Bukan itu sahaja, rata-rata orang Iban teruja mendengar lagu Iban didendangkan di Thailand.

Bahkan, ada yang teruja menghayati suara individu tersebut sehingga ada yang menyamakan suara mereka seperti penyanyi terkenal dari Sarawak, Hafiz Suip! Fuhhh!

Apa-apa pun terbaiklah buat mereka berdua ni!

Baca lagi artikel menarik:

Isu Juruterbang ‘Naik Mengejut’ Elak Pesawat Lain Di Landasan, Abang Pilot Ini Tampil Bagi Penjelasan
Terlalu Kotor, 10 Premis Makanan Di Kuching Diarah Tutup Serta Merta

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isu Juruterbang 'Naik Mengejut' Elak Pesawat Lain Di Landasan, Abang Pilot Ini Tampil Bagi Penjelasan Isu Juruterbang ‘Naik Mengejut’ Elak Pesawat Lain Di Landasan, Abang Pilot Ini Tampil Bagi Penjelasan
Next Article Pembekal Kerajang Tembaga Kenderaan EV, Syarikat Ternama Korea Bakal Dibuka Di Kota Kinabalu Pembekal Kerajang Tembaga Kenderaan EV, Syarikat Ternama Korea Bakal Dibuka Di Kota Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?