I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Isu Juruterbang ‘Naik Mengejut’ Elak Pesawat Lain Di Landasan, Abang Pilot Ini Tampil Bagi Penjelasan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isu Juruterbang ‘Naik Mengejut’ Elak Pesawat Lain Di Landasan, Abang Pilot Ini Tampil Bagi Penjelasan

Oleh Kedung BK 2 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Isu Juruterbang 'Naik Mengejut' Elak Pesawat Lain Di Landasan, Abang Pilot Ini Tampil Bagi Penjelasan

Penjelasan ini susulan isu juruterbang ‘naik mengejut’ pesawat untuk mengelak pesawat lain di landasan KLIA 2

Isu Juruterbang ‘Naik Mengejut’ Elak Pesawat Lain Di Landasan, Abang Pilot Ini Tampil Bagi Penjelasan. Beberapa hari lalu, tular isu sebuah pesawat syarikat tambang murah dari Sibu ke Kuala Lumpur terpaksa membatalkan pendaratan ketika hampir di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 untuk mengelak pesawat lain di landasan – mencetuskan panik di kalangan penumpang pesawat.

Susulan kejadian terbabit, ramai telah menuntut jawapan dan penjelasan daripada syarikat penerbangan terbabit. Namun begitu, seorang ‘abang pilot’ tampil bagi penjelasan mengapa kejadian tersebut berlaku.

Isu Juruterbang ‘Naik Mengejut’ Elak Pesawat Lain Di Landasan, Abang Pilot Ini Tampil Bagi Penjelasan

“Salah satu pesawat di landasan tersebut terlepas exit.”

Isu itu diulas oleh pengguna @bangkept di TikTok, yang juga seorang juruterbang yang turut berkongsi pengetahuannya tentang industri penerbangan di platform tersebut.

Menurutnya, pesawat berkenaan hampir mendarat seperti biasa seperti yang dijadualkan. Malah, tiada masalah juga dilaporkan kerana cuaca baik, bermakna jarak penglihatan tidak menjadi masalah.

Gambar sekadar hiasan.

Beliau juga menambah bahawa terdapat pintu keluar berkelajuan tinggi (highspeed exit) di landasan lapangan terbang terbabit dan sebuah pesawat, Pakistan Airline, sebenarnya telah terlepas pintu keluarnya – menyebabkan pesawat terbabit masih berada di landasan dan turut menyebabkan pesawat yang sepatutnya mendarat membatalkan pendaratannya.

Beliau kemudian menjelaskan oleh kerana Pakistan Airline terlepas exitnya, talian komunikasi KLIA 2 sibuk kerana terdapat banyak penerbangan mendarat setiap minit.

Gambar sekadar hiasan.

“Bila dah terbang naik, kita tak ada masa untuk bagitahu passenger.”

Abang pilot itu kemudian berkata, sekiranya berlaku kecemasan seperti terbang naik mengejut, mereka tidak akan ada masa untuk memaklumkan kepada penumpang.

Kita tak ada masa nak bagitahu passenger ‘ok passengers, kita nak terbang naik.’ Tak sempat! Kalau nak bagitahu korang, crash lah kapal terbang tu,’

ujarnya lagi.

Katanya lagi, terbang naik ini sebenarnya prosedur yang normal di kalangan juruterbang dan pesawat. Malah, kalau cuaca tidak mengizinkan, prosedur ini akan dibuat juga. Beliau juga menyatakan istilah ‘rasmi’ prosedur ini iaitu go-around.

Anda boleh menonton video sepenuhnya dan carta pendaratan lapangan terbang di mana beliau menerangkan bagaimana penerbangan yang terlepas exit boleh menyebabkan penerbangan lain melakukan prosedur go-around.

@bangkept

Komen Abangcaptain Isi ‘Kapalterbang Terbang Naik Mendadak’ di KLIA #shouldbeme #pilot #pilotlife #airbuspilot #InspiredAwesomeLife #airbus320 #juruterbangmalaysia #abangcaptain #abangcaptaintshirt #tshirtabangcaptain #merchandiseabangcaptain #pilotvideo #videopilot #flysafe✈️ #isupanas #isusemasaviral #isusemasamalaysia #kapalterbangnaikmendadak #goaround #pendapatsaya #borneopost

♬ Acoustic guitar chill (no wave sound)(1254171) – KBYS

Sebelum ini, ramai penumpang pesawat terbabit termasuk seorang ahli politik, meluahkan pengalaman mereka ketika berada di dalam pesawat itu:

Penumpang Sibu Ketakutan, Juruterbang Selamba ‘Naik Mengejut’ Elak Pesawat Lain Di Landasan

Lagi di sini:

Terlalu Kotor, 10 Premis Makanan Di Kuching Diarah Tutup Serta Merta
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Perlu Ke Kundasang Lagi, Aiskrim DESA Kini Ada Di IMAGO Mall KK Tak Perlu Ke Kundasang Lagi, Aiskrim DESA Kini Ada Di IMAGO Mall KK
Next Article Selamba Bawa Lagu 'Bekikis Bulu Betis' Di Thailand, Gelagat 2 Lelaki Ini Buat Warga Sarawak Kagum Selamba Bawa Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ Di Thailand, Gelagat 2 Lelaki Ini Buat Warga Sarawak Kagum

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?