• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selamba Capai Nada Tinggi Lagu ‘Heart Attack’, Pemuda Asal Sabah Ini Menang Cabaran TikTok Antarabangsa

Oleh
Ismail NA
3 Ogos 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Pemuda ini telah mengalahkan penyertaan lain dari seluruh dunia!

Selamba Capai Nada Tinggi Lagu ‘Heart Attack’, Pemuda Asal Sabah Ini Menang Cabaran TikTok Antarabangsa. Sabah tidak pernah putus dengan bakat-bakat baharu dan unik terutamany dalam bidang seni suara. Seperti yang anda sedia maklum, ramai penyanyi yang menempa nama dalam industri muzik yang berasal dari Sabah. Contoh paling dikenali ramai adalah seperti Stacy Anam, Adira, Marsha Milan, Velvet Aduk, Andi Bernadee dan ramai lagi.

Isi Isi Penting
  • Pemuda ini telah mengalahkan penyertaan lain dari seluruh dunia!
  • Pilihan nombor 1 David Michael Frank daripada 4,277 penyertaan dari seluruh dunia!
  • Guru Bahasa Inggeris yang mempunyai suara emas
  • Baca juga kisah Bob Yunus, penyanyi Sarawak yang dapat perhatian Melly Goeslaw :

Jika Bob Yunus telah dilamar oleh penyanyi Indonesia Melly Goeslaw, lelaki asal Ranau, Sabah ini pula telah menambat hati vokalis sebuah band Amerika Syarikat apabila beliau telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama cabaran di TikTok!

Fanzi Ruji, atau nama sebenarnya Mohd Rifanzie Ruji mendapat perhatian netizen apabila diumumkan sebagai pilihan tempat pertama cabaran Heart Attack High Note Singing Contest di TikTok yang dimulakan oleh komposer instrumentalis Future Sunsets, David Michael Frank.

Selamba Capai Nada Tinggi Lagu 'Heart Attack', Pemuda Asal Sabah Ini Menang Cabaran TikTok Antarabangsa
Selamba Capai Nada Tinggi Lagu ‘Heart Attack’, Pemuda Asal Sabah Ini Menang Cabaran TikTok Antarabangsa. David Michael Frank.

Bayangkan, daripada lebih 4,000 penyertaan dari seluruh dunia, nyanyian Fanzi menjadi pilihan utama David untuk memenangi cabaran tersebut!

Pilihan nombor 1 David Michael Frank daripada 4,277 penyertaan dari seluruh dunia!

Dalam video yang dimuat naik oleh David di laman Youtube Future Sunsets, beliau telah menghadapi masa yang sukar untuk memilih pemenang cabaran tersebut memandangkan semua penyertaan mempamerkan tahap nyanyian yang cemerlang dan menakjubkan. Namun beliau telah memilih 5 video terbaik daripada 4,277 penyertaan dan penyertaan Fanzi menduduki tempat pertama.

Video nyanyian Fanzi yang berduet bersama David untuk lagu ‘Heart Attack’ yang dipopularkan oleh Demi Lovato mendapat tontonan sebanyak 3 juta orang.

Fanzi pada asalnya hanya menyertai cabaran ini secara suka-suka dan sekadar video TikTok biasa yang dimuat naik ke akaun nya. Namun, rupa-rupanya nyanyiannya itu telah dikira masuk dalam penyertaan cabaran David Michael Frank.

Untuk makluman anda, David Michael Frank merupakan penerbit dan komposer muzik dari Amerika Syarikat yang aktif menghasilkan lagu original, mencipta lagu saduran yang unik dan video kreatif yang mencabar pemuzik dalam dunia digital. Sehingga kini, nama yang dibawa oleh Michael iaitu Future Sunsets mempunyai penyokong tegar yang kuat dan telah mengumpul sebanyak 50 juta tontonan dan 1.2 juta pengikut di laman media sosial.

Guru Bahasa Inggeris yang mempunyai suara emas

Fanzi Ruji merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Agama Tun Datuk Mustapha, Kota Kinabalu namun aktif dalam bidang nyanyian secara sambilan sejak tahun 2009. Beliau juga mempunyai sebuah single yang bertajuk Hati Nan Rapuh yang boleh ditonton di saluran Youtube.

Selamba Capai Nada Tinggi Lagu 'Heart Attack', Pemuda Asal Sabah Ini Menang Cabaran TikTok Antarabangsa
Sumber : Youtube Fanzi Ruji

Nama beliau mula meningkat naik sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila nyanyian semula lagu Tersenyumlah Sobat dendangan Judika dipilih oleh Judika sendiri untuk dimuat naik semula di laman IG nya. Pada ketika itu, Judika membuka sesi duet bersama peminat di laman IG dan nyanyian Fanzi antara yang terpilih.

Disebabkan karakter suara Fanzi yang unik dan mampu mencapai nada yang sangat tinggi, video nyanyian beliau yang membawakan lagu Bukan Rayuan Gombal yang dimuat naik menerusi #JudikaVocalTips sekali lagi mendapat perhatian Judika dan memberikan komen tentang nyanyiannya secara maya. Malah, beliau juga sempat teruja apabila Judika turut mengikuti akaun IG beliau.

“Suara nya bagus, ada warna, kawalan mantap. Rugi jika label tidak ambil menjadi penyanyi,”

Judika, penyanyi Indonesia

View this post on Instagram

A post shared by Judika Sihotang (@jud1ka)

Untuk pengetahuan anda, Fanzi merupakan seorang penerbit kandungan (content creator) di Youtube dan memenangi tempat ketiga dalam anugerah Sabah’s Top Influencer and Content Creator 2021. Kemenangannya dalam cabaran David Michael Frank ini menambah satu lagi koleksi pencapaian Fanzi Ruji dalam karier nyanyiannya. Anda boleh mengikuti video nyanyian Fanzi di Tiktoknya, @frismyinitial.

@frismyinitial

Trying out ##heartattackchallenge by @david.michael.frank . That note was so damn high man. 🌋

♬ Heart Attack Demi Lovato DMF – Fanzi Ruji

Tahniah diucapkan buat Fanzi! Teruskan berkarya!

Baca juga kisah Bob Yunus, penyanyi Sarawak yang dapat perhatian Melly Goeslaw :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tong Gas PETROS Sudah Mula Dijual Di Kuching, Sebelum Diagihkan Ke Seluruh Sarawak
Next Article Kenali Yusra Mardini, Perenang Syria Mewakili Pasukan Pelarian Olimpik Kenali Yusra Mardini, Perenang Syria Mewakili Pasukan Pelarian Olimpik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?