• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mencuri Dan Pakai Pakaian Dalam Wanita, Penganggur Di Sabah Ini Dipenjara 24 Bulan

Oleh
Nazihah AN
19 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Mencuri Dan Pakai Pakaian Dalam Wanita, Penganggur Di Sabah Ini Dipenjara 24 Bulan

Kejadian berlaku di Menggatal, Sabah

Mencuri Dan Pakai Pakaian Dalam Wanita, Penganggur Di Sabah Ini Dipenjara 24 Bulan. Seorang penganggur dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada hari Khamis atas sebab mencuri seluar dalam wanita termasuk pakaian tidur dan menggunakannya untuk memenuhi nafsu.

Menerusi laporan media The Borneo Post, Majistret Jessica Ombou Kakayun telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Rizal Richard Abdullah, 39, selepas suspek mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Mencuri Dan Pakai Pakaian Dalam Wanita, Penganggur Di Sabah Ini Dipenjara 24 Bulan
Mencuri Dan Pakai Pakaian Dalam Wanita, Penganggur Di Sabah Ini Dipenjara 24 Bulan. Gambar sebagai hiasan

Suspek mengaku mencuri pakaian dalam wanita

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Rizal dituduh mencuri pakaian dalam wanita di Taman Puncak, Menggatal pada 11 Ogos lalu sekitar pukul 1.39 pagi. Suspek berusia 44 tahun akhirnya mengaku mencuri seluar dalam dan pakaian tidur jemuran menggunakan kayu di beranda belakang sebuah rumah.

Fakta kes menyatakan bahawa pada hari kejadian, pengadu mendapat tahu beberapa pakaiannya hilang di tali jemuran. Apabila memeriksa CCTV , dia mendapati bahawa pelakunya ialah tertuduh yang tinggal berhampiran

Mencuri Dan Pakai Pakaian Dalam Wanita, Penganggur Di Sabah Ini Dipenjara 24 Bulan
Mencuri Dan Pakai Pakaian Dalam Wanita, Penganggur Di Sabah Ini Dipenjara 24 Bulan. Sumber gambar: Kosmo!

Suspek didapati memakai pakaian dalam wanita ketika ditahan

Pengadu juga mendapati pakaian yang hilang adalah seluar dalam dan pakaian tidurnya. Pengadu kemudian membuat laporan polis kerana ini adalah kali keenam kejadian seumpama itu berlaku.

Susulan laporan tersebut, polis menjalankan siasatan dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tertuduh mengambil barang itu menggunakan kayu dan dia tidak memakai baju ketika melakukan kesalahan itu.

Tertuduh ditahan di rumahnya pada 13 Ogos lalu dan pemeriksaan menemui 10 jenis pakaian dalam wanita berada dalam simpanan lelaki berkenaan. Pihak polis turut menyatakan bahawa tertuduh memakai salah satu seluar dalam semasa penahanannya.

Mencuri Dan Pakai Pakaian Dalam Wanita, Penganggur Di Sabah Ini Dipenjara 24 Bulan
Gambar sebagai hiasan

Pengadu mengenal pasti barang rampasan itu adalah miliknya yang bernilai sekitar RM70.

Dalam pada itu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabila Norsahar yang mewakili tertuduh meminta hukuman ringan memandangkan Muhammad Rizal telah mengaku bersalah dan menyesal atas perbuatannya.

Bagaimanapun, pegawai pendakwa Inspektor Albert Basiri meminta hukuman berat dikenakan memandangkan tertuduh melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab terhadap wanita selain menekankan kesalahan seumpama itu memalukan golongan lelaki.

Kes ini melibatkan kepentingan awam khususnya wanita. Semasa ditahan tertuduh didapati memakai seluar dalam wanita itu. Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Jangan ketinggalan dengan berita terkini, anda boleh baca pautan di bawah:

Tular Murid-Murid Disuruh Tunggu Luar Pagar, Sekolah Rendah Di Kuching Ini Jadi Bualan Netizen

Kepada Peminat Blackpink, Blink Mengadakan Pink Venom Event Di Jambatan Darul Hana Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagenda Penuh Misteri Di Sabah, Ketahui Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak
Next Article Langgar Lari 5 Orang Kanak-Kanak, Pemandu Mabuk Di Sarikei Berjaya Ditangkap Seorang Mangsa Terpaksa ‘Ditidurkan’, Pemandu Langgar Lari 5 Kanak-Kanak Ditangkap Pihak Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?