• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selamba Merokok Dalam Pesawat, Seorang Lelaki Didenda RM 10K Di Kota Kinabalu

Oleh
Aina Musa
12 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Selamba Merokok Dalam Pesawat, Seorang Lelaki Didenda RM 10K Di Kota Kinabalu

Rokok membawa padah

Selamba Merokok Dalam Pesawat, Seorang Lelaki Didenda RM 10K Di Kota Kinabalu. Tindakan seorang lelaki merokok di kabin pesawat membawa padah selepas didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini 10 November lalu.

Selamba Merokok Dalam Pesawat, Seorang Lelaki Didenda RM 10K Di Kota Kinabalu
Selamba Merokok Dalam Pesawat, Seorang Lelaki Didenda RM 10K Di Kota Kinabalu. Sumber: Utusan Borneo

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berumur 32 tahun dan beralamat di Temerloh Pahang itu menaiki pesawat tambang rendah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada 6 November lalu.

Tertuduh tidak mengendahkan amaran

Semasa berada di dalam pesawat itu, anak kapal mengesan asap rokok dan sebaik siasatan dijalankan mendapati tertuduh bertindak menghisap rokok dalam kabin pesawat.

Selamba Merokok Dalam Pesawat, Seorang Lelaki Didenda RM 10K Di Kota Kinabalu
Sumber: Daily Express

Semasa kejadian, tertuduh tidak mengendahkan amaran yang sudah diberikan anak kapal berikutan berada dalam pengaruh alkohol.

Sempat membeli sebotol arak di KLIA 2

Tertuduh yang datang ke Kota Kinabalu untuk melancong itu mengaku membeli sebotol minuman keras di KLIA 2 sebelum menaiki pesawat dan menghabiskan alkohol itu semasa berada di dalam pesawat berkenaan.

Selamba Merokok Dalam Pesawat, Seorang Lelaki Didenda RM 10K Di Kota Kinabalu
Sumber: Utusan Borneo

Sebaik tiba di LTAKK, tertuduh kemudiannya dibawa ke Balai Polis LTAKK untuk tindakan selanjutnya.

Untuk perbuatan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 100 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 yang boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Memantau Media Sosial Di Musim PRU15, Pasukan Petugas Siber Telah Ditubuhkan
Next Article Kota Samarahan Bakal Jadi Pusat Tumpuan Ekonomi Dan Sasaran Peluang Pekerjaan Kota Samarahan Bakal Jadi Pusat Tumpuan Ekonomi Dan Sasaran Peluang Pekerjaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?