• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Memantau Media Sosial Di Musim PRU15, Pasukan Petugas Siber Telah Ditubuhkan

Oleh
ILB - AI
11 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Pasukan khas memantau media sosial di musim PRU ditubuhkan

Memantau Media Sosial Di Musim PRU15, Pasukan Petugas Siber Telah Ditubuhkan. Musim PRU adalah musim rakyat memiliki hak bersuara seutuhnya untuk mengutarakan pendapat mereka masing-masing tentang isu dalam negara kerana selepas PRU tamat, maka tampuk pemerintahan akan ditadbir oleh pemerintah yang dipilih.

Namun, pada PRU15 kali ini, pihak kerajaan telah menubuhkan satu pasukan khas yang bertugas untuk memantau media sosial khususnya isu-isu yang berkemungkinan melanggar undang-undang.

Memantau Media Sosial Di Musim PRU15, Pasukan Petugas Siber Telah Ditubuhkan
Memantau Media Sosial Di Musim PRU15, Pasukan Petugas Siber Telah Ditubuhkan. Sumber gambar: AGENDA DAILY

Pasukan Petugas Siber dianggotai oleh pegawai SKMM dan PDRM

Pasukan Petugas Siber adalah satu pasukan khas sempena PRU15 ini dimana pasukan yang ditubuhkan ini telah melibatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdiri daripada 128 anggota dimana 97 adalah pegawai daripada SKMM manakala 31 orang adalah mereka yang berpangkat pegawai PDRM. Menurut Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, pasukan ini bukan sahaja berobjektif untuk memantau malah mereka juga akan melaksanakan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Memantau Media Sosial Di Musim PRU15, Pasukan Petugas Siber Telah Ditubuhkan
Memantau Media Sosial Di Musim PRU15, Pasukan Petugas Siber Telah Ditubuhkan. Sumber gambar: MALAYSIA dateline

Pegawai PDRM yang bertugas dalam pasukan khas ini akan dipinjamkan peralatan dan peranti buat masa ini demi melaksanakan objektif mereka. Walaupun ditubuhkan khas sempena PRU, pasukan ini difahamkan akan dikekalkan. Malah peralatan dan peranti juga akan dibelikan untuk kegunaan anggota pasukan dalam membanteras kes jenayah siber.

Dengan adanya pasukan khas siber ini, orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam memuatnaikkan atau menyerbarkan sesuatu postingan yang menyalahi undang-undang.

Terkadang, hak bersuara yang dimiliki oleh rakyat telah disalahgunakan oleh rakyat sendiri. Bersuara tidak salah tetapi ada jalur yang betul untuk memastikan kita menyampaikan sesuatu isu itu dengan tepat.

Untuk membaca artikel yang berkaitan dengan isu jenayah siber yang pernah berlaku, boleh baca artikel dibawah:

SUMBER :AGENDA DAILYMALAYSIA dateline
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bahana Rokok Elektronik, Pakar Dakwa ‘Vape’ Tak Selamat Dan Jejas Saluran Darah
Next Article Selamba Merokok Dalam Pesawat, Seorang Lelaki Didenda RM 10K Di Kota Kinabalu Selamba Merokok Dalam Pesawat, Seorang Lelaki Didenda RM 10K Di Kota Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?