• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selamba Rendam Telefon Rakan Dalam Air Mendidih, Lelaki Didenda RM 3 Ribu Di Kuching

Oleh
Aina Musa
25 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Selamba Rendam Telefon Rakan Dalam Air Panas, Lelaki Didenda RM 3 Ribu Di Kuching

Hempas telefon rakan sebelum buang ke dalam air panas mendidih

Selamba Rendam Telefon Rakan Dalam Air Mendidih, Lelaki Didenda RM 3 Ribu Di Kuching. Seorang lelaki didenda RM3,000 atau penjara enam bulan selepas beliau mengaku bersalah merosakkan telefon pintar rakannya dengan membuangnya ke dalam periuk air mendidih di sebuah kedai makan pada 19 Nov lepas.

Selamba Rendam Telefon Rakan Dalam Air Mendidih, Lelaki Didenda RM 3 Ribu Di Kuching
Selamba Rendam Telefon Rakan Dalam Air Mendidih, Lelaki Didenda RM 3 Ribu Di Kuching. Sumber: Borneo Post

Krishnan Joseph Russell Johnson, 32, didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kedai makan di Jalan Ban Hock

Mengikut fakta kes, tertuduh sedang makan malam bersama seorang rakannya, 33, di sebuah kedai makan di Jalan Ban Hock kira-kira jam 12.30 pagi, tiba-tiba menjadi agresif menyebabkan pengadu menghubungi isterinya (Krishnan) selepas gagal menenangkan beliau.

Memetik laporan daripada Borneo Post, tertuduh bagaimanapun meraih telefon pintar pengadu dan menghempasnya ke atas jalan berhampiran kedai makan itu sebelum beliau mengambilnya dan membuangnya ke dalam periuk air mendidih.

Selamba Rendam Telefon Rakan Dalam Air Mendidih, Lelaki Didenda RM 3 Ribu Di Kuching
Gambar hiasan

Pengadu kemudian meninggalkan kedai makan dan menuju ke keretanya yang diletakkan di mana beliau didakwa ditolak oleh tertuduh di atas jalan.

Tertuduh juga didakwa cuba menolak pengadu ke dalam tapak pembinaan.

Didenda 3 ribu atau dipenjara 6 bulan

Semasa pergelutan itu, pengadu mendakwa dia mengalami pelbagai kecederaan di badan. Laporan polis telah dibuat pada 20 Nov lepas.

Di mahkamah majistret yang sama, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan parah.

Beliau bagaimanapun mendakwa dibicarakan dan Majistret Zaiton Anuar menetapkan 3 Jan tahun depan untuk pengurusan kes dan menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela

SUMBER :Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ramai Masih Percaya Hingga Kini, Mari Bongkar 5 Mitos Kesihatan Mengelirukan Ini
Next Article Dari RM48, Tiket MYAirline Sudah Dibuka Untuk Tempahan Sehingga 30 November Ini Dari RM48, Tiket MYAirline Sudah Dibuka Untuk Tempahan Sehingga 30 November Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?