I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selaras Dengan Pembinaan ART, Sarawak Jadikan Sistem Pengangkutan Awam Jepun Sebagai Contoh

Oleh Husna Hazmi
23 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Sarawak jadikan sistem pengangkutan awam Jepun sebagai contoh.

Selaras Dengan Pembinaan ART, Sarawak Jadikan Sistem Pengangkutan Awam Jepun Sebagai Contoh. Dilaporkan, Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Sarawak Metro Sdn Bhd ingin mencontohi sistem pengangkutan awam Jepun untuk Projek Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin baru-baru ini telah mengetuai delegasi dari Sarawak dalam lawatan pembelajaran teknikal untuk melihat operasi serta perundangan pengangkutan awam di Jepun.

Selaras Dengan Pembinaan ART, Sarawak Jadikan Sistem Pengangkutan Awam Jepun Sebagai Contoh
Selaras Dengan Pembinaan ART, Sarawak Jadikan Sistem Pengangkutan Awam Jepun Sebagai Contoh

Banyak maklumat berguna diperolehi

Menerusi lawatan berkenaan, beliau berkata bahawa banyak maklumat berguna yang didapati serta pihak mereka juga memperoleh pandangan baik tentang perancangan terkini sistem transit pantas baharu di Jepun.

Antara yang turut menyertai lawatan ini adalah Menteri Muda Pengangkutan Sarawak (Penerbangan dan Jalan Raya) Datuk Dr Jerip Susil, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Dato Ir Alice Jawan Empaling, Ketua Pegawai Eksekutif Metro Sarawak Mazli Mustaffa, dan pengurusan kanan kementerian dan Metro Sarawak.

Semasa di Jepun, wakil-wakil dari Sarawak ini juga turut bertemu dengan Penolong Naib Menteri Hal Ehwal Antarabangsa dari Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Keiichi Takakuwa.

Selaras Dengan Pembinaan ART, Sarawak Jadikan Sistem Pengangkutan Awam Jepun Sebagai Contoh
Sumber foto: Suara Sarawak

Pengurusan trafik dan perundangan berkaitan kereta api

Semasa mesyuarat, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai pengurusan trafik dan perundangan berkaitan kereta api, trem dan kenderaan transit ringan hibrid yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam di Jepun. Perwakilan Sarawak juga mendengar daripada Takakuwa bahawa rangkaian pengangkutan awam Jepun yang meluas iaitu kereta api dan trem, juga disokong oleh perkhidmatan bas, teksi dan juga e-hailing.

Di Hiroshima, wakil dari Sarawak ini telah melawat serta diberi taklimat mengenai rancangan pembangunan semula yang sedang berjalan untuk Stesen Hiroshima dan projek stesen bersepadu ini dijadualkan siap secara berperingkat, masing-masing pada tahun 2025 dan 2026. Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di stesen Hiroshima ini dikatakan boleh diguna pakai untuk projek KUTS.

Secara keseluruhannya, Menteri Pengangkutan Sarawak menyifatkan lawatan ke Jepun ini adalah sebagai idea yang bernas dan amat berguna kerana terdapat banyak rujukan serupa dengan projek KUTS yang diperoleh daripada pelbagai pihak.

Selain kejuruteraan, beliau juga mengatakan lawatan tersebut sebagai platform yang baik untuk menanda aras penggunaan teknologi, aspek keselamatan dan kecekapan perkhidmatan.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Laluan Fasa Pertama ART Sarawak Tular, Boleh Naik Dari Summermall Ke Waterfront
Laluan ART Akan Terus Disambung Ke Gedong Dalam Masa 3 Tahun Lagi
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dijangka Beroperasi Pada Awal Mac Ini, MR DIY Bakal Dibuka Di Kapit Dijangka Beroperasi Pada Awal Mac Ini, MR DIY Bakal Dibuka Di Kapit
Next Article Semakin Meningkat, Kini 45 Kedai Makan Seluruh Sarawak Sediakan Menu Rahmah

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?