• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selaras Dasar Ekonomi Hijau, Sarawak Bakal Dirikan Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen

Oleh
Nazihah AN
28 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarawak Bakal Dirikan Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen

Kenyataan tersebut dikeluarkan pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Tenaga Bersih Ke-18 (ICCE)

Selaras Dasar Ekonomi Hijau, Sarawak Bakal Dirikan Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen. Telah dilaporkan bahawa Sarawak akan bekerjasama dengan sebuah syarikat dari luar negara untuk membina kilang pemasangan kenderaan bahan api hidrogen di sini.

Menurut kenyataan akhbar, pembinaan kilang itu selaras dengan dasar ekonomi hijau Sarawak kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Tenaga Bersih Ke-18 (ICCE) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Selaras Dasar Ekonomi Hijau, Sarawak Bakal Dirikan Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen
Sumber gambar: FB Hazland Hipni

Supaya harga kenderaan ini lebih mampu milik banding dibeli dari luar

Walau bagaimanapun, beliau tidak menamakan negara terbabit dan berkata butiran lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan oleh Premier Sarawak yang juga merangkap sebagai Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kita akan ada kilang pemasangan kereta hidrogen di sini, dalam masa terdekat, supaya harga kenderaan berkenaan lebih mampu milik berbanding dibeli dari luar.”

Walaupun kenderaan seperti kereta atau motosikal bukanlah penyumbang utama kepada pencemaran udara, khususnya di Sarawak, negeri ini perlu mengorak langkah ke hadapan dan membangunkan dasar ekonomi hijaunya sendiri, termasuk menukar kepada kenderaan elektrik (EV) berasaskan sel bahan api hidrogen atau FCEV.

Selaras Dasar Ekonomi Hijau, Sarawak Bakal Dirikan Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen
Selaras Dasar Ekonomi Hijau, Sarawak Bakal Dirikan Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen. Sumber gambar: FB Hazland Hipni

Beliau juga mengambil contoh negara Norway

Selain industri berat, pencemar atau penyumbang karbon utama di dunia ialah industri penerbangan dan industri minyak dan gas.

Tambah beliau, Sarawak juga dijangka akan mengimport lebih banyak kenderaan menggunakan bahan api hidrogen untuk kegunaan kabinet yang akan digunakan secara bergilir.

Kami telah tampil dengan kesimpulan di mana kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menggalakkan penggunaan EV, pertamanya adalah duti import untuk EV dan kedua mungkin kereta tempatan kita perlu berubah ke arah pengeluaran EV”

Dr Hazland Abang Hipni
Selaras Dasar Ekonomi Hijau, Sarawak Bakal Dirikan Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen
Selaras Dasar Ekonomi Hijau, Sarawak Bakal Dirikan Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen. Sumber gambar: Utusan Borneo

Beliau turut berkata, mengambil contoh di negara Norway, 75 peratus daripada kereta mereka adalah EV dan mereka boleh mencapainya dalam tempoh empat tahun sahaja. Ia mampu dicapai apabila kerajaan negara itu melakukan dua perkara iaitu memansuhkan cukai import EV dan memperkenalkan diskaun cukai pendapatan kepada mereka yang memandu EV.

Selain itu, selaras dengan rancangan pembinaan ART bagi kegunaan dan kemudahan rakyat, Kerajaan Negeri Sarawak telah bercadang untuk membeli 38 kenderaan Autonomous Rail Rapid Transit (ART) dari China. Baca selanjutnya di pautan di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buaya Melompat Ketika Pukat Ditarik, Netizen Ngeri Lihat Rakaman Ini
Next Article Siap Bawa Anak Sekali, Wanita Selangor Ini Akui Sukar Mencari Pekerjaan Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?