I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Selera Lokal Dan Tradisi, Kenali Jenis-Jenis Pekasam Yang Terdapat Di Sarawak
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selera Lokal Dan Tradisi, Kenali Jenis-Jenis Pekasam Yang Terdapat Di Sarawak

Oleh iloveborneo 21 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Makanan peraman tradisional Sarawak

Selera Lokal Dan Tradisi, Kenali Jenis-Jenis Pekasam Yang Terdapat Di Sarawak. Pekasam merupakan sejenis makanan tradisi yang diperam dan cukup terkenal dalam kalangan masyarakat di Borneo khususnya kaum peribumi di Sarawak.

Secara lazimnya, pekasam yang diperam ataupun sudah menjadi jeruk ini diperbuat daripada daging, ikan dan ada juga pekasam yang berasaskan sayur-sayuran.

Untuk menghasilkan pekasam, garam menjadi bahan utama untuk menhasilkan peraman ikan ataupun daging untuk mengukuhkan struktur bahan yang digunakan agar menjadi lebih pejal.

Selera Lokal Dan Tradisi, Kenali Jenis-Jenis Pekasam Yang Terdapat Di Sarawak
Selera Lokal Dan Tradisi, Kenali Jenis-Jenis Pekasam Yang Terdapat Di Sarawak

Pekasam mengikut tradisi etnik di Sarawak

Sehingga kini, pekasam telah menjadi sebuah produk makanan tradisional yang mendapat permintaan ramai khususnya di pasaran tempatan.

Di Sarawak khasnya, pekasam dijadikan sebagai lauk sampingan untuk dimakan bersama nasi yang panas dan sering dijual oleh orang tempatan di pasar tani bahkan di pasaraya juga ada dijual.

Oleh itu, terdapat pelbagai jenis pekasam tradisional yang menjadi pilihan ramai dihasilkan dari daging, ikan, udang dan juga sayur.

Pekasam Udang Paya

Pekasam Udang Paya

Pekasam udang paya, atau lebih dipanggil Kasam Payak dibuat menggunakan udang paya diperam bersama cili padi dan juga limau kasturi sudah cukup untuk disantap bersama nasi panas.

Pekasam ini akan diperam sehingga udang tersebut masak diperam menggunakan acid dari limau kasturi. Kasam payak ini cukup common untuk orang tempatan kerana mudah didapati di mana-mana pasar tani.

Terubok Pekasam

Terubok Pekasam

Ikan terubok cukup terkenal di Sarawak kerana rata-rata pengunjung yang melawat ke negeri ini pasti akan membawa pulang ikan ini sebagai buah tangan kerana hanya terdapat di Sarawak sahaja.

Lazimnya ikan terubok akan dipanggan dan juga dibuat sebagai ikan masin, namun terubok juga boleh dijadikan pekasam.

Pekasam Ikan (Style Bidayuh)

Pekasam Ikan (Style Bidayuh)

Lazimnya, pekasam ikan oleh etnik lain akan menggunakan garam atau beras goreng untuk menjadikan ia kering.

Namun, istimewanya pekasam Bidayuh mereka gaul bersama nasi sejuk dan garam secukup rasa.

Pekasam Ensabi

Pekasam Ensabi

Ensabi merupakan sejenis sawi Sarawak yang pahit . Di Sarawa, ia dikenali sebagai Ensabi Iban atau Ensabi Dayak kerana ia adalah sayur dan makanan asal komuniti Iban.

Ia juga dikenali sebagai ‘Kimchi Iban’ kerana menggunakan sayuran yang diperam untuk mendapatkan rasa masam.

Pekasam Babi (Non-Halal)

Pekasam Babi (Non-Halal)

Pekasam babi merupakan makanan eksotik masyarakat dayak di Sarawak. Hidangan ini lazimnya akan ditumis bersama rebung dan juga sayuran lain.

Boleh juga dijadikan pansuh, dicampur bersama daun ubi. Selalunya pekasam ini akan menggunakan daging babi hutan kerana dagingnya yang liat sesuai untuk diperam untuk melembutkan dagingnya.

Lagi makanan tradisional dan eksotik yang terdapat di Sarawak, baca di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Miri Kecoh Tiada Bekalan Diesel, Stor Haram Diesel Di Krorop Pula Telah Diserbu
Next Article Diserang Buaya Ketika Memancing, Suami Sempat Selamatkan Nyawa Isteri

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?