• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Miri Kecoh Tiada Bekalan Diesel, Stor Haram Diesel Di Krorop Pula Telah Diserbu

Oleh
ILB - AI
21 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Stor haram simpan minyak diesel bersubsidi diserbu di Krokop

Miri Kecoh Tiada Bekalan Diesel, Stor Haram Diesel Di Krorop Pula Telah Diserbu. Beberapa hari yang lepas, kita sering disajikan dengan berita tentang kekecohan di Bandaraya Miri kerana menghadapi masalah kekurangan bekalan minyak diesel. Bahkan, menjadi viral di media sosial.

Tetapi, selepas dirisik oleh pihak berkuasa, sebuah stor haram di Krokop, Miri telah diserbu kerana disyaki menjadi tempat penyimpan diesel yang dimiliki secara tidak sah.

Miri Kecoh Tiada Bekalan Diesel, Stor Haram Diesel Di Krorop Pula Telah Diserbu
Miri Kecoh Tiada Bekalan Diesel, Stor Haram Diesel Di Krorop Pula Telah Diserbu. Sumber gambar: careta

Risikan 2 hari berjaya tumpaskan kegiatan haram ini

Serbuan yang dilakukan bersama oleh anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri dan Pasukan Gerakan Am Miri (PGA) ini telah berjaya menumpaskan kegiatan mencuri bekalan minyak diesel bersubsidi.

Risikan mula dilakukan selama 2 hari disebabkan tularnya satu perkongsian daripada Facebook Miri Community. Serbuan yang dilakukan 11.40 pagi ini telah berjaya membongkarkan aktiviti penyedutan semula minyak diesel daripada tangki asal kenderaan yang dipercayai berulang alik ke stesen minyak di sekitar Miri.

Miri Kecoh Tiada Bekalan Diesel, Stor Haram Diesel Di Krorop Pula Telah Diserbu
Miri Kecoh Tiada Bekalan Diesel, Stor Haram Diesel Di Krorop Pula Telah Diserbu. Sumber gambar: FB Borneo Network

Penyimpanan minyak diesel bersubsidi secara haram ini adalah bertujuan untuk dibekalkan kepada penguna industri yang lain serta mengaut keuntungan yang lebih.

Bukan itu sahaja, menurut Joe Azmi Jamil yang merupakan Ketua KPDNHEP Miri, 4 orang lelaki warga tempatan yang berusia sekitar 20-an sehingga 30-an telah ditahan dalam serbuan ini. Bahkan, beberapa barang juga turut dirampas.

Antara barangan yang telah dirampas adalah sebuah lori tangki, diesel yang dianggarkan sebanyak 12,800 liter dengan nilai RM27,520, dua buah kenderaan pacuan empat roda, tiga kunci kenderaan, 9 unit pam elektrik dan 9 unit hos pelbagai saiz. Kesemua barang rampasan ini dianggarkan bernilai RM290,520.

Diharapkan masalah bekalan minyakk diesel di Miri ini dapat selesai dengan segera dengan tumpasnya aktiviti haram seperti serbuan pagi ini.

Baca cerita selanjutnya yang berkaitan dengan isu minyak bersubsidi di Sarawak:

Stok Minyak Tidak Cukup, Penduduk Bintulu Dan Miri Terputus Bekalan Diesel
Lagi Kenderaan Plat Asing Isi Minyak RON95, Kali Ini Di Pusat Bandar Kuching
SUMBER :Careta FB Borneo Network
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pecah Cermin Dipercayai Membawa Malang, Ini 4 Kepercayaan Tahyul Dari Seluruh Dunia Pecah Cermin Dipercayai Membawa Malang, Ini 4 Kepercayaan Tahyul Dari Seluruh Dunia
Next Article Selera Lokal Dan Tradisi, Kenali Jenis-Jenis Pekasam Yang Terdapat Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?