• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seleweng Diesel Di Sibu, SPRM Tahan 2 Suspek Termasuk Datuk

Oleh
Farisha
9 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kes rasuah dan penyelewengan diesel bersubsidi, dua suspek ditahan di Sibu

Seleweng Diesel Di Sibu, SPRM Tahan 2 Suspek Termasuk Datuk. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua individu, termasuk seorang lelaki bergelar ‘Datuk’, yang disyaki terlibat dalam aktiviti merasuah pegawai-pegawai agensi penguatkuasaan dan menyeleweng diesel bersubsidi di Sibu.

Menurut kenyataan SPRM, dua suspek tersebut, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berusia 60-an, dikatakan telah memberikan rasuah kepada beberapa penguatkuasa undang-undang untuk mengelakkan tindakan undang-undang terhadap syarikat mereka, yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan diesel bersubsidi.

Seleweng Diesel Di Sibu, SPRM Tahan 2 Suspek Termasuk Datuk
Gambar hiasan. Seleweng Diesel Di Sibu, SPRM Tahan 2 Suspek Termasuk Datuk

“Kedua-dua suspek lelaki dan wanita tersebut merupakan pengerusi dan pengarah syarikat yang menguruskan pembelian dan penjualan diesel bersubsidi.

“Mereka disyaki telah menyeleweng diesel bersubsidi dengan menyeludup dan menjualnya kepada pihak luar dan untuk melindungi diri mereka, mereka dipercayai telah merasuah beberapa penguatkuasa undang-undang,” katanya menurut laporan media tempatan.

Sumber memaklumkan bahawa salah seorang suspek ditahan di pejabat SPRM Sibu, manakala seorang lagi ditahan di sebuah pusat perubatan sekitar pukul 11.20 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan suspek-suspek tersebut dan mengatakan bahawa kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Beliau menyatakan bahawa kedua-dua suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 tunai dan RM50,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pembantu Penguatkuasa Direman, Kantoi Terima Rasuah Lindungi Sindiket Diesel Di Sibu
SPRM Sarawak Tahan Penjawat Awam Di Miri Disyaki Terima Rasuah Bernilai RM65000

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isteri Luah Suami Enggan Berpindah Tempat Kerja, Dakwa 'Godaan' Di Sarawak Isteri Luah Suami Enggan Berpindah Tempat Kerja, Dakwa ‘Godaan’ Di Sarawak
Next Article Tular Gadis Sandakan Ini Terima Bantuan Dari TikToker, Raih Perhatian Netizen Tular Gadis Sandakan Ini Terima Bantuan Dari TikToker, Raih Perhatian Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?