• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Gadis Sandakan Ini Terima Bantuan Dari TikToker, Raih Perhatian Netizen

Oleh
Nazihah AN
9 Oktober 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Tular Gadis Sandakan Ini Terima Bantuan Dari TikToker, Raih Perhatian Netizen

Inspirasi Gadis Pembawa Guni, Kini Terima Bantuan untuk Teruskan Pengajian di UMS

Tular Gadis Sandakan Ini Terima Bantuan Dari TikToker, Raih Perhatian Netizen. Rafida Zaiddin, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang tular dengan kisahnya membawa guni semasa hari pendaftaran, terus menjadi inspirasi ramai. Kisahnya mendapat perhatian aktivis masyarakat dan pempengaruh, Adrian Edy, yang turut tampil memberi bantuan berupa sebuah komputer riba, tablet, dan sedikit wang bagi memudahkan urusan pembelajarannya.

Dalam perkongsian di media sosial, Edy menyatakan bahawa laptop tersebut adalah sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kisah gadis tersebut.

Tular Gadis Sandakan Ini Terima Bantuan Dari TikToker, Raih Perhatian Netizen

‘Dia harapan keluarga, SPM 8A, matrikulasi 4 flat’

“Alhamdulillah, hari ini saya dapat bertemu dengan Rafida di UMS. Saya terharu dengan kisahnya dan sampaikan hadiah daripada rakyat berupa komputer, tablet dan sedikit sumbangan wang. Saya juga berikan kata-kata semangat kepadanya untuk terus berjaya dalam pengajian dan capai cita-citanya sebagai akauntan,” kata Edy.

Beliau turut memuji keperibadian Rafida yang taat kepada ibu bapa dan berazam membantu keluarga meskipun berdepan cabaran kewangan. Rafida juga dikatakan mempunyai rekod pendidikan yang sangat cemerlang. Sebagai mahasiswa Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, prestasi akademiknya membuktikan bahawa dia seorang pelajar yang sangat berdedikasi.

Edy sempat mendengar kisah di sebalik tularnya gambar karung guni yang dibawa Rafida. Gadis itu berasal dari Kampung Sim Sim, Sandakan, dan telah menaiki bas bersama bapanya untuk perjalanan selama enam jam dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Rafida merupakan anak kedua daripada dua beradik, dan dia bercita-cita menjadi seorang akauntan. Abangnya terpaksa berhenti belajar disebabkan masalah kewangan, menjadikan Rafida sebagai harapan keluarga untuk berjaya di menara gading.

Dalam satu temu bual bersama Sabah Media, Rafida meluahkan keazamannya untuk berusaha keras demi keluarga. “Ibu bapa saya sudah banyak berkorban. Saya ingin belajar bersungguh-sungguh. Ramai di luar sana mahu belajar tetapi tidak mempunyai peluang. Bagi saya, ini adalah peluang yang tidak boleh disia-siakan,” jelasnya.

Kisah Rafida menjadi semakin popular selepas gambar karung guni yang dibawanya ketika hari pendaftaran tular di media sosial. Menter Pendidikan, Fadhlina Sidek turut memberikan perhatian kepada kisah ini. Menurut Rafida, bapanya yang mencadangkan untuk membawa barangan keperluan dalam guni bagi memastikan semuanya selamat dan tidak tercicir sepanjang perjalanan mereka ke universiti.

Keazaman dan ketabahan Rafida dalam mengejar cita-citanya telah menarik perhatian ramai warganet yang terus menitipkan doa dan kata-kata semangat agar dia terus cemerlang dan membanggakan keluarga.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Hadiahkan Basikal Buat ‘Panda Walker’, Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen
Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak
SUMBER :Adrian EdySabah Media
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seleweng Diesel Di Sibu, SPRM Tahan 2 Suspek Termasuk Datuk
Next Article Keputusan Hapus Subsidi Diesel, Dua Individu Cabar Kerajaan Di Mahkamah Keputusan Hapus Subsidi Diesel, Dua Individu Cabar Kerajaan Di Mahkamah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?