I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Seludup Dadah Guna Perkhidmatan Kurier, Kastam Miri Tumpas Dua Kes Penyeludupan Dadah
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seludup Dadah Guna Perkhidmatan Kurier, Kastam Miri Tumpas Dua Kes Penyeludupan Dadah

Oleh Kedung BK 30 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Seludup Dadah Guna Perkhidmatan Kurier, Kastam Miri Tumpas Dua Kes Penyeludupan Dadah

Dua kes penyeludupan dadah telah ditumpaskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Miri

Seludup Dadah Guna Perkhidmatan Kurier, Kastam Miri Tumpas Dua Kes Penyeludupan Dadah. Dilaporkan dua kes penyeludupan dadah telah ditumpaskan oleh JKDM Miri baru-baru ini.

Difahamkan, kedua-dua kes melibatkan penyeludupan dadah menggunakan modus operandi sama iaitu menghantar dadah dalam bungkusan melalu perkhidmatan kourier.

Seludup Dadah Guna Perkhidmatan Kurier, Kastam Miri Tumpas Dua Kes Penyeludupan Dadah

Kes pertama melibatkan pasangan warga emas

Menurut laporan, ketamin seberat 3,992 gram berjaya dirampas JKDM di luar premis sebuah syarikat kurier di Miri pada 30 November lalu, dengan nilai RM219,560.

Rampasan tersebut dilakukan berikutan penahanan pasangan warga emas yang sudah berkahwin yang datang ke premis itu untuk menuntut bungkusan kurier sekitar jam 9:45AM pada hari berkenaan.

Pasangan warga emas itu, berusia lewat 60-an, turut ditahan sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasa JKDM Miri. Siasatan lanjut ke atas bungkusan kurier berkenaan membawa kepada penemuan 500 paket kecil yang didakwa ubat tradisional Cina.

Kredit foto: The Borneo Post

Ujian awal terhadap kandungan salah satu paket mendapati ia positif ketamin. Siasatan awal mendapati bungkusan terbabit dihantar ke Miri dari Semenanjung Malaysia menggunakan syarikat kurier tempatan.

Menurut maklumat suspek, pasangan itu sudah beberapa kali membeli barangan itu daripada seorang penjual di utara Malaysia. Kata suspek, barangan tersebut adalah untuk kegunaan sendiri dan ada yang dijual dalam kalangan komuniti mereka kerana mereka mempercayai ubat tersebut dalam melegakan sakit sendi.

Ganja seberat 1,042 gram dirampas

Dalam satu lagi kes berasingan, ganja seberat 1,042 gram dengan anggaran nilai RM4,600 telah dirampas di luar premis sebuah syarikat kurier tempatan di Miri pada 20 Disember lalu.

Rampasan yang berlaku pada sekitar jam 2:14PM itu melibatkan seorang lelaki dari negara jiran.

Dua helai daun tumbuhan kering mampat disyaki dadah ditemui dalam bungkusan terbabit selepas pemeriksaan rapi dibuat ke atas bungkusan itu. Daun tumbuhan kering itu didapati positif ganja selepas diuji menggunakan jalur ujian dadah.

Pada awalnya, suspek telah pergi ke premis kurier untuk mengambil bungkusan berkenaan dan mengisytiharkan bungkusan terbabit adalah makanan ikan untuk diambil atas pihak ahli keluarganya.

Kredit foto: The Borneo Post

Sementara itu, seorang lagi suspek yang mendakwa sebagai abang kepada suspek pertama turut ditahan susulan siasatan awal kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Ia didapati suspek pertama telah beberapa kali mengutip bungkusan di premis kurier di Miri sebelum dibawa ke negara jiran. Difahamkan, bungkusan itu telah dihantar dari Semenanjung Malaysia menggunakan kurier tempatan.

Siasatan terperinci kini sedang dijalankan bagi mengesan individu lain yang pernah berurusan dengan suspek sama ada di dalam dan luar negara. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbaya 1952 – jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

SUMBER : THE BORNEO POST
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Berpendapat Beam Tidak Ada Permit, E-Skuter Di Kota Kinabalu Kena 'Angkut' Netizen Berpendapat Beam Tidak Ada Permit, E-Skuter Di Kota Kinabalu Kena ‘Angkut’
Next Article Cedera Pengawas Sekolah Dengan Kerusi Plastik, Pelaku Remaja Akan Mengetahui Nasib Pada 2 Februari Cedera Pengawas Sekolah Dengan Kerusi Plastik, Pelaku Remaja Akan Mengetahui Nasib Pada 2 Februari

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?