• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Semua Gagal Ujian Dadah, Sebuah Kuil Buddha Di Thailand Kini Tanpa Sami

Oleh
ILB - AI
30 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Semua Gagal Ujian Dadah, Sebuah Kuil Buddha Di Thailand Kini Tanpa Sami

Semua sami di kuil Buddha berkenaan didapati positif dadah

Semua Gagal Ujian Dadah, Sebuah Kuil Buddha Di Thailand Kini Ditinggalkan Tanpa Sami. Dilaporkan sebuah kuil Buddha di Thailand kini ditinggalkan tanpa sami setelah semua saminya gagal dalam ujian dadah – menyebabkan kesemua sami kuil terbabit disingkirkan.

Empat sami termasuk seorang abbot (ketua mereka), telah dilucutkan status sami mereka setelah didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Semua Gagal Ujian Dadah, Sebuah Kuil Buddha Di Thailand Kini Tanpa Sami
Semua Gagal Ujian Dadah, Sebuah Kuil Buddha Di Thailand Kini Tanpa Sami

Kuil kini kosong tanpa sami

Menurut laporan, sebuah kuil di daerah Bung Sam Phan di Thailand kini tiada sami setelah kesemua saminya, termasuk seorang abbot, didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Setelah gagal ujian dadah, kesemua sami berkenaan telah dihantar ke sebuah klinik kesihatan untuk menjalani pemulihan dadah.

Semua Gagal Ujian Dadah, Sebuah Kuil Buddha Di Thailand Kini Tanpa Sami
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Anesthesia Patient Safety Foundation

Dengan ketiadaan sami di kuil tersebut, para penduduk kampung berhampiran bimbang mereka tidak boleh membuat sebarang merit. Dalam kepercayaan mereka, membuat merit melibatkan penganut mendermakan makanan kepada sami sebagai perbuatan baik.

Untuk menghadapi masalah tersebut, pihak berkuasa berkata lebih ramai sami akan dihantar ke kuil berkenaan bagi membolehkan penduduk kampung mengamalkan kewajipan agama mereka.

Semua Gagal Ujian Dadah, Sebuah Kuil Buddha Di Thailand Kini Tanpa Sami
Gambar sekadar hiasan.

Negara transit utama untuk penyeludupan dadah

Menurut United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), negara Thailand merupakan negara transit utama untuk penyeludupan dadah, dengan dadah jenis methamphetamine diseludup dari negeri Myanmar melalui Laos.

Pil dadah methamphetamine atau lebih dikenali sebagai ‘yaba’ dalam bahasa tempatan mereka, boleh didapati di jalanan dengan harga kurang daripada 20 baht (sekitar RM2.53).

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Anaheim Lighthouse

Meth, dan khususnya ‘yaba’, boleh didapati dengan mudah di setiap sudut (Thailand) – bekalan tersedia di mana-mana, dan pada masa ini, sebuah tablet lebih murah daripada bir,”

kata Jeremy Douglas dari UNODC.

Ini bukan kali pertama sami Buddha di Thailand didapati terlibat dengan dadah – seorang sami di utara Thailand dilaporkan telah ditahan polis pada awal bulan ini ketika didakwa merompak dua kenderaan ketika di bawah pengaruh dadah.

SUMBER :CBS NEWS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Tolak Mercedes Tapi Pakai Kasut Mewah LV’, Anwar Ibrahim Bidas Tuduhan Warganet
Next Article [VIDEO] Guna Teknik Pemadam Teka Jawapan Peperiksaan, Gelagat Pelajar Ini Buat Ramai Relate

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?