• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Semak Dahulu Jadual Penerbangan Sahih Daripada SDMC Ini Sebelum Beli Tiket Ke Sarawak

Oleh
Ismail NA
23 Disember 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Ini bagi mengelakkan anda mengalami kerugian sekiranya penerbangan anda dibatalkan.

Semak Dahulu Jadual Penerbangan Sahih Daripada SDMC Ini Sebelum Beli Tiket Ke Sarawak. Sejak Sarawak mengenakan prosedur ketat untuk urusan keluar masuk ke negeri tersebut, secara tidak langsung urusan pembelian tiket juga menjadi sesuatu yang sangat berisiko tinggi.

Isi Isi Penting
  • Ini bagi mengelakkan anda mengalami kerugian sekiranya penerbangan anda dibatalkan.
  • Jadual penerbangan sahih untuk AirAsia, MAS, Malindo Air dan SCOOT
  • Elak kerugian, semak jadual penerbangan sebelum beli tiket
  • Selain itu, baca juga perkembangan lain Sarawak di sini :

Mana tidaknya, sebelum ini anda perlu membeli tiket penerbangan terlebih dahulu sebelum mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC). Namun demikian, perkara tersebut kadang kala membawa kerugian kepada segelintir individu apabila tiba pada hari penerbangan atau beberapa hari sebelumnya, penerbangan dibatalkan oleh pihak syarikat penerbangan.

Kesannya, kelulusan yang telah didapatkan daripada kerajaan Sarawak serta pihak polis misalnya tidak dapat digunakan. Proses yang sama perlu diulang sekali lagi, bezanya lebih banyak wang dikeluarkan akibat kerugian yang bukan disebabkan oleh kecuaian sendiri.

Semak Dahulu Jadual Penerbangan Sahih Daripada SDMC Ini Sebelum Beli Tiket Ke Sarawak
Semak Dahulu Jadual Penerbangan Sahih Daripada SDMC Ini Sebelum Beli Tiket Ke Sarawak

Jadual penerbangan sahih untuk AirAsia, MAS, Malindo Air dan SCOOT

Justeru itu, kerajaan Sarawak melalui SDMC telah mengeluarkan jadual penerbangan yang sahih untuk kesemua syarikat penerbangan yang beroperasi untuk urusan keluar masuk Sarawak. Ini termasuklah syarikat AirAsia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan SCOOT.

Jadual yang dikeluarkan ini memaparkan jumlah kekerapan penerbangan ke bandar utama di Sarawak seperti Kuching, Sibu dan Miri beserta waktu penerbangan pada hari tertentu. Ini sudah tentu memudahkan proses pembelian tiket penerbangan selain memberi kelegaan kepada individu yang ingin keluar masuk Sarawak tanpa perlu rasa was-was penerbangan mereka dibatalkan.

Sebagai contoh, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching hanya dijadualkan sebanyak 12 kali seminggu manakala penerbangan ke Sibu sebanyak 2 penerbangan seminggu, Miri dengan 4 kali penerbangan seminggu dan Bintulu dengan 4 kali penerbangan seminggu.

Elak kerugian, semak jadual penerbangan sebelum beli tiket

Sebelum membuat sebarang pembelian, anda dinasihatkan untuk memuat turun jadual penerbangan di sini :

JADUAL PENERBANGAN SAHIH KE SARAWAK JPBNS (KEMASKINI 15 JANUARI 2021)Download

***Jadual penerbangan ini telah dikemaskini mengikut jadual yang dikeluarkan JPBNS setakat 15 Januari 2021

atau menyemak waktu penerbangan yang sesuai seperti jadual di bawah ;

Semak Dahulu Jadual Penerbangan Sahih Daripada SDMC Ini Sebelum Beli Tiket Ke Sarawak
Semak Dahulu Jadual Penerbangan Sahih Daripada SDMC Ini Sebelum Beli Tiket Ke Sarawak
Semak Dahulu Jadual Penerbangan Sahih Daripada SDMC Ini Sebelum Beli Tiket Ke Sarawak
Semak Dahulu Jadual Penerbangan Sahih Daripada SDMC Ini Sebelum Beli Tiket Ke Sarawak
Semak Dahulu Jadual Penerbangan Sahih Daripada SDMC Ini Sebelum Beli Tiket Ke Sarawak

Oleh yang demikian, sekiranya anda melihat terdapat tiket ke Sarawak yang dijual selain daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di atas, besar kemungkinan tiket tersebut boleh menjadi penerbangan yang bakal mengalami pembatalan di saat akhir.

Semoga dengan adanya jadual penerbangan yang sahih ini, individu yang ingin keluar masuk ke Sarawak boleh merancang perjalanan dengan selamat dan tanpa rasa was-was. Yang penting, jaga dirik, sentiasa patuhi SOP dan sentiasa jaga kebersihan.

Kita jaga kita.

Selain itu, baca juga perkembangan lain Sarawak di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Benarkan Semula Kemasukan Pekerja Warga Asing Mulai Januari 2021
Next Article Malaysia Kesan Mutasi Baharu Virus COVID-19 Dikenali Sebagai A701V

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?