• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Semakin Membimbangkan’, Jangkitan Haiwan Antara Penyebar Penyakit X

Oleh
Farisha
6 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Ancaman penyakit X semakin membimbangkan, boleh jangkit melalui haiwan

Semakin Membimbangkan, Jangkitan Haiwan Antara Penyebar Penyakit X. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, penularan penyakit X boleh berasal daripada pelbagai sumber termasuk secara zoonotik iaitu jangkitan dari haiwan kepada manusia.

Disebabkan penyakit X sudah menjadi tumpuan orang ramai sekarang, beliau menyatakan bahawa biarpun ciri-ciri penyakit X masih belum dikenal pasti dan waktu berlakunya penyakit tersebut belum diketahui, pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan terhadap impaknya.

Semakin Membimbangkan, Jangkitan Haiwan Antara Penyebar Penyakit X
Gambar hiasan. Sumber: majoriti

Pergerakan manusia dan haiwan akan membuat penyebaran semakin meningkat

Memetik laporan, kadar penyebaran penyakit X akan semakin meningkat seiring dengan peningkatan kontak manusia dan haiwan ditambah dengan pergerakan manusia merentas negara yang semakin mudah sekarang.

“Berbanding dengan Covid-19 yang kurang menyebabkan kematian, penyakit X dijangka akan mudah tersebar seperti campak dan mungkin mengancam nyawa seperti Ebola,” katanya menurut majoriti.

Nama dicipta oleh WHO pada 2018

Untuk makluman, Penyakit X merupakan nama yang dicipta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2018 untuk sejenis patogen yang tidak diketahui dengan potensi untuk menyebabkan wabak di seluruh dunia.

Semakin Membimbangkan, Jangkitan Haiwan Antara Penyebar Penyakit X
Gambar hiasan. Sumber: utusan

Malah, Dr Muhammad Radzi turut berkata, sebagai kesiapsiagaan bagi menghadapi penyakit X, pelan pandemik yang komprehensif, peluasan kempen vaksinasi dan penyediaan peruntukan khas pandemik adalah penting seperti yang disarankan oleh WHO.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga sentiasa bersiap siaga dan berwaspada terhadap kemungkinan munculnya penyakit X berdasarkan pengalaman lalu dalam menangani penyakit seperti Covid-19, virus Nipah, SARS, dan MERS-CoV manakala, sistem kesihatan negara juga sentiasa diperkukuhkan sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman kesihatan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19
Pakar Beri Amaran Penyakit X Berbahaya, 20 Kali Lebih Berisiko Daripada Covid-19
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penceramah Tegur Sikap 'Kepochi', Jangan Tanya 4 Perkara Ini Ketika Berborak Penceramah Tegur Sikap ‘Kepochi’, Jangan Tanya 4 Perkara Ini Ketika Berborak
Next Article Pelajar Politeknik, Matrikulasi, IPG Dan Kolej Komuniti Kini Juga Dapat Subsidi FlySiswa Pelajar Politeknik, Matrikulasi, IPG Dan Kolej Komuniti Kini Juga Dapat Subsidi FlySiswa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?