• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sempena Hari Malaysia, Jom Ketahui Sejarah Ringkas Pembentukan Negara Kita

Oleh
Husna Hazmi
16 September 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Sebagai rakyat Malaysia, jom ketahui bagaimana pembentukan negara kita!

Sempena Hari Malaysia, Jom Ketahui Sejarah Ringkas Pembentukan Negara Kita. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya disusuli pembentukan Malaysia iaitu sebuah negara yang berdaulat. Pembentukan Malaysia memperlihatkan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura dalam rundingan bersama pihak British.

Isi Isi Penting
  • Sebagai rakyat Malaysia, jom ketahui bagaimana pembentukan negara kita!
  • Idea gagasan Malaysia
  • Reaksi pembentukan Malaysia daripada Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
  • Reaksi pembentukan Malaysia daripada Singapura dan Brunei
  • Perjanjian Malaysia dan dasar konfrontasi terhadap Malaysia
Sempena Hari Malaysia, Jom Ketahui Sejarah Ringkas Pembentukan Negara Kita
Sempena Hari Malaysia, Jom Ketahui Sejarah Ringkas Pembentukan Negara Kita

Idea gagasan Malaysia

Idea gagasan Malaysia berlandaskan konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara. Idea gagasan Malaysia ini dicadangkan oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di mana dengan menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan.

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan pembentukan Malaysia pada 27 Mei 1961 dan ianya mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.Terdapat pihak yang menerima baik cadangan pembentukan dan juga ada pihak yang menentang.

Sempena Hari Malaysia, Jom Ketahui Sejarah Ringkas Pembentukan Negara Kita

Reaksi pembentukan Malaysia daripada Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah

Pada umumnya, pembentukan Malaysia mendapat sambutan yang baik daripada penduduk dan parti politik di Persekutuan Tanah Melayu. Parti politik secara prinsipnya bersetuju dan menerima cadangan pembentukan Malaysia walaupun wujud perbezaan dalam melaksanakannya.

Di Sarawak pula, pelbagai reaksi daripada pemimpin dan penduduk terhadap rancangan pembentukan Malaysia. Terdapat mereka yang menyokong, menentang dan juga menentang pada awalnya kemudiannya menyokong. Pada Oktober 1962, parti politik di Sarawak iaitu PANAS, SNAP, BARJASA,SCA, dan PEKASA bergabung untuk membentuk Parti Perikatan Sarawak untuk menyokong Malaysia dan ianya dinamakan Sarawak Alliance pada bulan Januari 1963.

Di Sabah, pada mulanya penduduk berasa curiga dan bimbang terhadap rancangan pembentukan Malaysia ini. Hal ini kerana ketika itu, Sabah sedang berkembang dalam kegiatan perdagangan manakala sistem perkhidmatan awam mereka pula semakin baik. Penduduknya pula bebas menjalani aktiviti harian manakala keselamatan mereka pula adalah dijamin oleh tentera British. Oleh itu, ada di kalangan penduduknya yang menyokong dan ada juga yang menentang pembentukan ini.

Sempena Hari Malaysia, Jom Ketahui Sejarah Ringkas Pembentukan Negara Kita

Reaksi pembentukan Malaysia daripada Singapura dan Brunei

Di Singapura, People’s Action Party (PAP) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyokong dan menyambut baik pembentukan Malaysia manakala Parti Rakyat Singapura pula menentang cadangan ini. Singapura telah menyertai Malaysia sehingga tahun 1965 sebelum ianya keluar dan menjadi sebuah negara tersendiri.

Di Brunei pula, Sultan Brunei ketika itu, Sultan Omar Ali Saifuddin mengalu-alukan cadangan pembentukan Malaysia dan rakyatnya pula pada awalnya juga berminat dengan cadangan tersebut. Namun Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentang cadangan tersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara dalam satu kesatuan. Brunei akhirnya tidak menyertai Malaysia.

Sempena Hari Malaysia, Jom Ketahui Sejarah Ringkas Pembentukan Negara Kita

Perjanjian Malaysia dan dasar konfrontasi terhadap Malaysia

Dalam pembentukan Malaysia ini, terhasilnya Perjanjian Malaysia pada bulan Julai 1963 yang ditandatangani oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Prinsip utama perjanjian ini adalah untuk mengiktirafkan hak yang sama kepada semua negeri di dalam Malaysia.

Selain daripada itu, pembentukan Malaysia ini mendapat tentangan paling besar daripada negara jiran iaitu Indonesia sehingga pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan alasan pembentukan ini boleh mengancam negara mereka. Pada 4 Ogos 1966, Indonesia mengumumkan untuk menamatkan konfrontasi tersebut.

Pembentukan Malysia ini pada awalnya mendapat pelbagai cabaran, namun atas sokongan rakyat, pembentukan negara ini akhirnya berjaya. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article RASMI : Sarawak Mansuh Kuarantin 14 Hari Untuk Kemasukan Individu Lengkap Vaksinasi
Next Article Siapa je yang tak suka promosi kan? Mari kita lihat restoran mana yang ada promosi hari ini! Sempena Hari Malaysia, Ini Adalah Senarai Promosi Hebat Di Kuching Untuk Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?