• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

RASMI : Sarawak Mansuh Kuarantin 14 Hari Untuk Kemasukan Individu Lengkap Vaksinasi

Oleh
Ismail NA
15 September 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Keputusan ini diumumkan oleh JPBNS hari ini.

RASMI : Sarawak Mansuh Kuarantin 14 Hari Untuk Kemasukan Individu Lengkap Vaksinasi. JPBNS hari ini mengumumkan satu langkah penting yang bakal membawa khabar gembira buat penduduk Sarawak yang berada di Semenanjung serta individu berkepentingan untuk masuk ke negeri ini.

Isi Isi Penting
  • Keputusan ini diumumkan oleh JPBNS hari ini.
  • Pengecualian 14 hari kuarantin untuk individu lengkap vaksinasi
  • Individu belum lengkap atau belum vaksin masih dikenakan kuarantin
  • Baca juga :

Pengecualian 14 hari kuarantin untuk individu lengkap vaksinasi

Mulai 16 September, individu yang telah melengkapkan dos vaksinasi akan dikecualikan daripada kuarantin 14 hari apabila tiba di Sarawak. Individu yang berstatus lengkap vaksinasi ini hanya perlu mengemukakan beberapa langkah seperti ;

  • Permohonan masuk ke Sarawak melalui sistem enterSarawak
  • Mengisi Borang Deklarasi eHealth (eHDF)
  • Bukti status ‘lengkap vaksinasi’
  • Keputusan RT-PCR yang NEGATIF (sah untuk 3 hari sahaja)
  • Lain-lain maklumat peribadi yang berkaitan
RASMI : Sarawak Mansuh Kuarantin 14 Hari Untuk Kemasukan Individu Lengkap Vaksinasi
RASMI : Sarawak Mansuh Kuarantin 14 Hari Untuk Kemasukan Individu Lengkap Vaksinasi

Bagi kanak-kanak dan remaja yang berusia di bawah 18 tahun yang memasuki Sarawak bersama penjaga yang telah lengkap vaksinasi, mereka juga akan diberi pelepasan dari kuarantin. Namun demikian, mereka dinasihati untuk menjalankan pemantauan kendiri di rumah selama 10 hari.

Istilah lengkap vaksinasi adalah ;

  1. Vaksin 2-dos (Pfizer/Sinovac/AstraZeneca) : 14 hari selepas dos kedua
  2. Vaksin 1-dos (CanSino/Jansen) : 28 hari selepas dos pertama

Individu belum lengkap atau belum vaksin masih dikenakan kuarantin

Bagi individu yang belum mendapat vaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, mereka akan tetap menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari di hotel kuarantin dengan syarat mengemukakan dokumen penting yang sama seperti individu lengkap vaksinasi (tanpa perlu bukti status ‘lengkap vaksinasi’).

Manakala bagi individu yang tiba dari luar negara, tiada perubahan garis panduan diumumkan. Panduan sedia ada masih diguna pakai.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keputusan UPU Dah Keluar? Ini 6 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Kembali Ke IPT Tahun 2021
Next Article Sempena Hari Malaysia, Jom Ketahui Sejarah Ringkas Pembentukan Negara Kita

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?